أحسن القصص..
Sebaik-baik kisah..
(Ashabul Kahfi)
-sumber-
قال الله تعالى فى محكم الكتاب:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
{الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿١﴾ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿٢﴾ نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـٰذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴿٣﴾}
صدق الله العظيم [يوسف]
Firman Allah SWT dalam muhkam kitab-Nya:
بسم الله الرحمن الرحيم
{الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿١﴾ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿٢﴾ نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـٰذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴿٣﴾}
Alif Laam, Raa. Ini adalah ayat-ayat kitab [Al Qur’an] yang nyata [dari Allah]. (1)Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa bacaan berbahasa Arab, agar kalian memahaminya. (2) Kami menceritakan kepada kalian kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Qur’an ini kepada kalian, dan sesungguhnya kalian sebelum [Kami mewahyukan] ini, adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui. (3)
Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya
أتشرف بأن أضع أمام أعينكم ماخطه الإمام ناصر محمد اليماني بعلم القلم الصامت.
Dengan segala hormatnya aku persembahkan kepada kalian, apa yang ditulis oleh Imam Nasser Mohammed Al-Yamani dengan qalam, pena yang tenang.
.................................
إمامي الغالي بيّن لي من بيان آيات الله الحقائق المتعلقة بأصحاب الرسّ وأصحاب الكهفِ وأصحاب القرية..
Wahai Imamku Yang Dikasihi, Nyatakan Padaku Bayan Penjelasan Dari Ayat-ayat Allah, Yakni Hakikat-hakikat Yang Berhubungan Dengan Penduduk Rass, Ashabul Kahfi dan Ashabul Qoryah..
بسم الله الرحمن الرحيم
من الناصر (لمحمد) الإمام ناصر محمد اليماني إلى علماء المسلمين في جميع الأقطار وبالذات في القُطر العربي (الجمهوريّة اليمنيّة)، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين في الأولين وفي الآخرين وفي الملأ الأعلى إلى يوم الدين، ثمَّ أمّا بعد..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Dari pembela bagi Muhammad SAW, Imam Nasser Mohammed Al-Yamani ditujukan kepada para alim-ulama kaum muslimin di setiap tempat, terutamanya di tanah air orang arab ini Republik Yaman.
Salam sejahtera ke atas kalian serta rahmat dari Allah dan keberkahan-Nya, salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sholeh, dari umat terdahulu dan terkemudian, dan di seluruh cakrawala alam hinggalah hari Kiamat,
tsumma amma ba'd..
يا معشر علماء الأمَّة، لطالما رجوتكم وتوسلت إليكم أن تخبروني عمّا يدور في أنفسكم تجاه شأني أنا المدعو (ناصر محمد اليماني) فوجدت إجابةً موحدةً منكم من الذين اطلّعوا على الخبر من علماء الأمَّة في الإنترنت العالميّة ألا و هو الصمت الرهيب! فلا آمنتم بأمري و لا كفرتم به ذلك لأنكم في حيرةٍ من أمري وتقولون في أنفسكم: "لربّما ناصر محمد اليماني يدعو إلى الحقّ وإلى صراطٍ مستقيم!" غير أنكم لستم موقنين بشأني فيكم ولستم موقنين بالآيات التي نبأتكم عنها في خسوف القمر النذير والذي حدث في رمضان 1425 هجريّة.
Wahai sekalian alim-ulama umat, tentu sahaja aku mengharap kalian dan meminta kalian agar memberitahukan kepadaku mengenai apa yang berlegar di benak kalian tentang urusanku ini, orang yang bernama Nasser Mohammed Al-Yamani.
Maka aku mendapatkan jawaban yang sama dari kalian, di antara orang-orang yang membaca pemberitaan ini dari alim-ulama umat di jaringan antarabangsa internet, ketahuilah bahawa jawaban yang aku dapatkan dari mereka adalah senyap dan mengelakkan diri!
Maka tidaklah kalian percaya urusanku ini dan tidak pula kalian ingkari, kerana kalian berada dalam kebingungan terhadap perkaraku ini, dengan berkata dalam diri kalian:
"Barangkali Nasser Mohammed Al-Yamani ini menyeru kebenaran dan menyeru ke jalan yang lurus!"
Hanya sahaja kalian bukanlah termasuk orang-orang yang yakin terhadap urusanku ini pada kalian, dan kalian juga bukanlah orang-orang yang menyakini ayat-ayat, yakni tanda-tanda yang kami beritakan kepada kalian mengenainya, yaitu tanda gerhana bulan sebagai peringatan yang terjadi pada bulan Ramadhan tahun 1425 Hijriyah.
وكذلك لا توقنون بأنها حقاً أدركت الشمس القمر في هلال رمضان 1426، وكذلك وجدت هذه الحقيقة التي في أنفسكم قد نبّأ عنها القرآن العظيم قبل أن تثكلكم أمّهاتكم وأمّهات آبائكم وأنه لن توقنوا بشأني حتى أُبيّن لكم آياتٍ جعلها الله لكم من أنفسكم عجباً ألا وهي أصحاب الكهف والرقيم، قد جعلهم الله من الأشراط الكبرى للساعة، وذلك لتعلموا أنّ وعد الله حقٌّ وأن السّاعة آتيةٌ لا ريب فيها يا معشر علماء الأمّة، وتالله لا أعلم أحداً غيري يعلم بحقائق أصحاب الكهف حتى محمد رسول - الله صلّى الله عليه وسلّم - لا يعلم ما هو شأن أصحاب الكهف غير الظاهر من أمرهم.
Demikian juga kalian tidak meyakini bahawa sesungguhnya benar matahari telah mencapai bulan pada Hilal Ramadhan tahun 1426 H, maka demikian jugalah aku mendapati hakikat ini, yang ada dalam diri kalian yang telah diberitakan oleh Al-Qur'an sebelum ibu kalian kehilangan kalian, begitu juga nenek moyang bapak-bapak kalian, bahawasanya kalian tidak akan meyakini urusanku ini sehinggalah aku menjelaskannya kepada kalian, mengenai ayat-ayat yakni tanda-tanda yang Allah SWT telah jadikannya untuk kalian dari diri kalian sendiri, tanda-tanda yang mengherankan.
Ketahuilah bahawa tanda itu adalah Ashabul Kahfi dan Ar-Raqim, yang telah Allah SWT jadikan mereka itu sebagai salah satu dari Tanda-tanda Besar Kiamat, yang demikian ini agar kalian mengetahui bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar, dan hari Kiamat itu pasti datang tanpa ada keraguan lagi padanya wahai sekalian para alim-ulama umat.
Demi Allah aku tidak mengetahui ada sesiapa pun selainku, yang tahu mengenai hakikat-hakikat Ashabul Kahfi bahkan Muhammad Rasulullah SAW, baginda tidak tahu sama sekali mengenai perkara Ashabul Kahfi melainkan yang zahir dari urusan mereka.
ولربّما يودّ أحدكم أن يُقاطعني ثم يقول: "اتق ِالله فهل تزعم بأنك أعلم من محمدٍ رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم؟ فيزبد ويربد علينا كالبعير الهائج. فأقول: ثكلتك أمك، أنا أولى بمحمدٍ رسول الله منك بالحبّ والقُرب والعلم والتّصديق، غير أن الله لم يُخبر محمداً رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بشأن أصحاب الكهف ذلك بأن شأنهم لا يخصّه؛ بل يخصُّ شأن المهديّ المنتظَر ولا غير، لذلك قال تعالى:
{وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَدًا ﴿٢٢﴾} [الكهف] أي أهل الكتاب، وذلك لأن عِلْمَ محمدٍ رسول - الله صلّى الله عليه وسلّم - مُقتصر على عِلْمِ جبريل المُعلِّم عليه السلام، فإذا كان لا يعلم المُعلِّم فكيف يعلم التلميذ؟
Mungkin ada seseorang dari kalian mahu memintasku lalu mengatakan:
"Bertakwalah kepada Allah, adakah engkau menyangka bahawa dirimu lebih mengetahui dari Muhammad Rasulullah SAW?" dalam keadaan membuak-buak kemarahannya seperti unta yang marah.
Maka aku katakan:
Semoga ibumu kehilanganmu, aku ini lebih utama di sisi Muhammad Rasulullah SAW dibanding denganmu, baik dalam kecintaan, kedekatan, ilmu dan dalam membenarkan, hanya sahaja Allah SWT tidak memberitahukan kepada Muhammad Rasulullah SAW mengenai perkara Ashabul Kahfi.
Kerana yang demikian ini merupakan urusan yang tidak dikhususkan kepada beliau, namun ianya dikhususkan kepada urusan Al-Mahdi Al-Muntazhar tidak selainnya, sebab itulah Allah SWT berfirman:
dan jangan kamu menanyakan tentang mereka [pemuda-pemuda itu] kepada seorangpun di antara mereka. (22)
Maha Benar Allah
(Al-Kahfi)
yakni' Ahli Al-Kitab, dan demikian ini kerana ilmu pengetahuan Muhammad Rasulullah SAW (mengenai Ashabul Kahfi) terbatas melalui ilmu pengetahuan Jibril AS, yang merupakan guru kepada Muhammad Rasulullah SAW, dan sekiranya si guru sahaja tidak mengetahui, maka bagaimana si murid dapat mengetahuinya?
ولربّما يودّ أحدكم أن يمزقني بأسنانه مستشيطاً غضباً: "بل حتى تزعم بأنك أعلم حتى من جبريل علية الصلاة والسلام؟". فأقول:
مهلاً يا قوم، إنّه لا يعلم حقيقتهم أحدٌ من جنود الله في السموات ولا في الأرض غير المهديّ المنتظَر! وذلك لأن الله لم يستعِن في تدمير قوم أصحاب الكهف بأحدٍ من جنوده لا في السموات ولا في الأرض، ليضرب الله لكم مثلاً بأنّ من جاهد فإنما يُجاهد لنفسه، وإن الله لغنيّ عن العالمين، وأنْ لو شاء الله لانتصر من أعدائه ولكن ليبلو بعضكم ببعضٍ.
Mungkin sahaja seseorang dari kalian geram mahu mengoyak-ngoyakkanku dengan gigi-giginya, dengan meluap-luap sangat marah mengatakan:
"Bahkan sehingga engkau menyangka bahawa dirimu lebih mengetahui melampaui pengetahuan Jibril AS?"
Maka aku katakan:
Tenang wahai kaumku, sesungguhnya tidak ada seorang pun yang mengetahui hakikat Ashabul Kahfi, baik dari kalangan para tentera Allah di langit maupun di bumi melainkan Al-Mahdi Al-Muntazhar! Demikian ini kerana Allah SWT tidak pernah meminta pertolongan sesiapa pun untuk menghancurkan kaum Ashabul Kahfi, tiada seorangpun baik dari kalangan tentera-tentera-Nya di langit maupun di bumi.
Supaya dengan demikian Allah membuat permpamaan kepada kalian, bahawa barangsiapa yang berjuang maka sesungguhnya dia berjuang untuk dirinya sendiri, dan bahawasanya Allah SWT Maha Kaya dari seluruh semesta alam, dan bahawa sekiranya Allah menghendaki, pasti Dia akan membalas perbuatan musuh-musuh-Nya, namun Allah menguji sebahagian kalian dengan sebahagian yang lain.
فيا معشر الأمَّة، تعالوا لأنبّئكم بحقيقة أصحاب الكهف وأفصّل لكم شأنهم من القرآن تفصيلاً لعلكم تعلمون بأني حقاً قد أتاني الله علمَ الكتاب، ولم يأتيني علمٌ من الكتاب؛ بل علمَ الكتاب أي العلم كلهُ جُملةً وتفصيلاً.
Maka dari itu wahai sekalian umat, kemarilah kalian agar aku beritahukan kepada kalian tentang hakikat Ashabul Kahfi, dan aku jelaskan untuk kalian mengenai perkara mereka dari Al-Qur'an dengan sejelas-jelasnya.
Mudah-mudahan kalian mengetahui bahawa aku ini benar-benar telah dianugerahi Allah SWT ilmu Al-Kitab, dan tidaklah aku ini dianugerahi ilmu dari Al-Kitab; bahkan ianya adalah Ilmu Al-Kitab, yakni seluruh pengetahuan lengkap mengenai Al-Qur'an.
فلنُبحر سوياً في قصة أصحاب الكهف مُستنبطين حقائق قصّتهم من القرآن العظيم.
Jadi, mari kita ikuti kisah Ashabul Kahfi bersama, dengan mengeluarkan hakikat-hakikat kisah mereka dari Al-Qur'an yang agung.
________________
أولاً: قــوم أصحاب الكـــهف..
Pertamanya: Kaum Ashabul Kahfi..
وهم أهل قريةٍ من القرون الأولى من قبل إبراهيم ولوط وشُعيب، ومن بعد نوح وثمود، بعث الله رسوله إلياس عليه الصلاة والسلام لينذر أصحاب الرسّ، ويقصد بالرس (أي الجبل)، والرواسي أي الجبال، ومفرد الرواسي ((الرس)) أي الجبل.
Mereka ini adalah Ashabul Qoryah, yakni penduduk suatu desa dari kurun-kurun awal sebelum Nabi Ibrahim, Nabi Luth dan Nabi Syu'aib, yaitu kaum dari kurun setelah Nabi Nuh dan kaum Tsamud, Allah SWT mengutus Rasul-Nya Nabi Ilyas AS untuk memberi peringatan kepada Ashabur Rass –Penduduk Ras-, yang dimaksudkan dengan Ras adalah gunung, Ar-Rawaasi bermaksud pergunungan, dan bentuk tunggal Ar-Rawaasi adalah Ar-Ras, yang bermakna gunung.
وذلك جبلٌ صغيرٌ يقطن عليه قوم أصحاب الكهف، وهو بما يسمونه حمة ذياب بن غانم، وموقعه في أعلى مكانٍ في الجزيرة العربيّة، وأرفع مكانٍ في الجزيرة العربيّة هضبة صنعاء، وأرفع من صنعاء ربوة ذمار، وأرفع مكانٍ في ربوة ذمار وأرفع مكانٍ في محافظة ذمار منطقة حورور، وأرفع من حورور منطقة الأقمر، والتي توجد به حمة ذياب والبعض يسمونها حمة كلاب تعليقاً واستهزاءً بأهالي القرية الجديدة، والذين يقطنون فوق حمة ذياب ابن غانم كما يسميها بعض المؤرخين، وأما اسمها الحقيقي المذكور في القرآن(قرية الرسّ) أي قرية الجبل، وهو بما يسميه أهل الجُغرافيا (التل)، وأما أهل ذمار فيسمونه (الحمة)، واسمها الحالي حمة كلاب وتقع إلى الشرق من مدينة ذمار والتي يسميها القرآن قرية (أصحاب الرس)، أي أصحاب قرية الرسّ، والرس كما ذكرنا مفرد رواسي.
Dan gunung kecil itu ditempati oleh kaum Ashabul Kahfi, dan ianya sekarang dikenali sebagai Himah Ziab bin Ghanim, dan tempatnya adalah di daerah paling tinggi di semenanjung Arab. Tempat yang paling tinggi di semenanjung tanah Arab adalah tanah tinggi Sana'a, dan tempat paling tinggi di Sana'a adalah di kawasan tinggi Dhamar, sedang tempat yang paling tinggi di daerah tinggi Dhamar adalah kawasan Hurur, dan tempat yang tinggi di Hurur adalah kawasan Al-Aqmar, di mana di situ terletak Himah Ziab bin Ghanim, dan ada sebahagian menamakannya Himah Kilab sebagai kritikan dan sindiran kepada penduduk-penduduk di desa baru, orang-orang yang tinggal di atas Himah Ziab bin Ghanim sebagaimana yang disebut oleh ahli sejarah.
Adapun namanya yang sejati seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur'an adalah Qoryah Rass, yakni desa di Gunung, dan ianya juga diberi nama At-Tallu (tempat tinggi) oleh ahli geografi. Adapun penduduk Dhamar, mereka menamakannya Himah, sedang namanya yang terkenal sekarang adalah Himah Kilab, yang terletak sebelah timur dari kota Dhamar, yang dinyatakan dalam Al-Qur'an sebagai desa Ashabur Rass, yakni penduduk Desa Ar-Rass, seperti kami nyatakan sebelum ini Rass (gunung) merupakan bentuk mufrad dari Rawaasi (gunung-ganang).
ونعود لمواصلة القصة... فلقد بعث الله عبده ورسوله إلياس عليه الصلاة والسلام إلى قرية أصحاب الرسّ، وشدد الله أزره بفتىً شاباً فجعله الله نبياً مع إلياس يدعو قومه إلى عبادة الله وحده وترك عبادة الأصنام.
Kita kembali untuk melanjutkan kisah.. Maka sesungguhnya Allah SWT telah mengutus hamba-Nya dan Rasul-Nya Ilyas AS kepada penduduk desa Ashabur Rass, dan Allah SWT telah menguatkannya dengan seorang pemuda, maka Allah SWT menjadikan pemuda itu seorang Nabi bersama Nabi Allah Ilyas, yang menyeru kaumnya agar menyembah Allah yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan terhadap berhala.
ثم آمن لهم فتىً شاباً آخر، ثم شدد الله أزرهما به وجعله نبياً ثالثاً والفتية الاثنين جعلهم الله أنبياء مثلهم كمثل هارون أخا موسى ألقى الله الرسالة لموسى وأشدّ الله أزره بأخيه هارون نبياً ووزيراً.
وكذلك رسول الله إلياس عليه الصلاة والسلام هو من تلقى الرسالة من ربّه، أما الفتية الذين آمنوا بربهم مصدقين دعوة رسول الله إلياس فقد زادهم الله هُدًى وعلماً، وجعلهم أنبياء مع نبيّ الله إلياس ليدعوا أصحاب الرسّ إلى ترك عبادة الأصنام تلبيةً لدعوة الحقّ وأن يعبدوا الله وحده لا شريك له.
ولكن أصحاب الرسّ هددوهم وتوعدوهم لئن لم ينتهوا من هذه الدعوة التي تسببت في غضب الآلهة وإمساك قطر السماء و أنهم لم يروا خيراً منذ ظهور هذه الدعوة لذلك قالوا:
{قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٨﴾}
[يس]
Kemudian ada seorang pemuda lain yang beriman kepada mereka, lalu Allah SWT menguatkan mereka berdua dengan pemuda lain yang beriman itu, dan Allah SWT menjadikannya seorang Nabi yang ketiga, di mana pemuda yang dua orang ini telah dijadikan Allah di kalangan para anbiya-Nya.
Permisalan mereka ini sama seperti permisalan Harun saudara Musa, yang menerima pesanan dari Allah lalu Allah SWT menguatkannya dengan saudaranya Harun, sebagai seorang Nabi dan pembantu Musa AS.
Demikian juga dengan Rasulullah Ilyas AS, dialah yang menerima mesej seruan untuk disampaikan kepada umatnya dari Tuhannya.
Adapun 2 orang pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, yang membenarkan seruan dakwah Rasulullah Ilyas AS, maka Allah SWT telah menambahkan kepada mereka berdua petunjuk-Nya serta ilmu pengetahuan, lalu menjadikan mereka berdua termasuk kalangan para Nabi-Nya yang bersama-sama Nabi Allah Ilyas AS menyeru Ashabur Rass –Penduduk Di Gunung- agar mereka meninggalkan penyembahan terhadap berhala, sebagai menyahut seruan dakwah kebenaran agar mereka menyembah hanya kepada Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya.
Akan tetapi Ashabur Rass –penduduk gunung kaum mereka- telah menakut-nakutkan dan mengancam mereka, sekiranya pemuda-pemuda itu tidak berhenti dari seruan dakwah ini, yang telah membawa kemurkaan tuhan-tuhan mereka hingga langit tertahan dari menurunkan hujan, sedang mereka itu tidak melihat adanya kebaikan sama sekali sejak seruan dakwah itu muncul, kerana itulah mereka mengatakan:
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami bernasib malang karena kalian, sesungguhnya jika kalian tidak berhenti [menyeru kami], niscaya kami akan merajam kalian dan kalian pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami". (18)
Maha Benar Allah
(Yaa Seen)
ثم أرادوا المكر بهم، فاختبأوا في كهفهم كما اختبأ محمدٌ رسول - الله صلّى الله عليه وسلّم - وصاحبه في الغار من مكر الكفار. وبعد ذلك اختفى إلياس والفتية الأنبياء الاثنان، و جاء رجلٌ من أقصى المدينة يسعى وكان يكتم إيمانه؛ بل هو الوحيد الذي آمن وكتم إيمانه؛ بل لا يعلم به حتى إلياس ووزراؤه المكرمين، ولكن هذا الرجل المؤمن سراً مَثَلُهُ كمثل مؤمن آل فرعون الذي كان يكتم إيمانه حتى إذا سمع بالمكر ضدّ موسى وقتله استشاط غضباً فلم يستطع أن يكتم إيمانه ثم وعظ قومه وقال لهم قولاً بليغاً.
وكذلك هذا الرجل حين سمع بالمكر ضدّ أنبياء الله استشاط غضبًا وجاء يدعو قومه ويعلن إيمانه جهاراً ونهاراً بين يدي قومه. وقال مُتحدياً:
{إِنِّي آمَنتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ ﴿٢٥﴾}
[يس]
Kemudian mereka ingin membuat makar tipudaya terhadap para utusan itu, maka para utusan itu melarikan dan menyembunyikan diri di gua, sebagaimana Muhammad Rasulullah SAW dan temannya melarikan diri dan bersembunyi di dalam gua dari ancaman dan makar tipudaya Kafir Quraisy.
Maka Ilyas AS dan 2 orang pemuda yang termasuk para Nabi itu pun menghilangkan diri, lalu datang seorang lelaki dari hujung desa dengan tergesa-gesa sedang dia menyembunyikan keimanannya; bahkan dialah satu-satunya yang beriman (terhadap para utusan) dan menyembunyikan keimanannya; hinggakan Nabi Ilyas AS dan 2 orang Nabi mulia yang membantunya juga tidak mengetahui tentang orang lelaki itu.
Namun lelaki yang beriman secara sembunyi ini permisalannya, sama seperti permisalan seorang yang beriman dari kalangan kerabat Firaun, yang pada awalnya dia menyembunyikan keimanannya sehinggalah dia mengetahui makar tipudaya Firaun yang menentang Musa AS dan mahu membunuhnya, lalu maraklah api kemarahan hinggakan dia tidak mampu lagi menahan dan menyembunyikan keimanannya, menyebabkan dia menasihati kaumnya dan memperingatkan mereka dengan kata-kata yang membekas di jiwa mereka.
Jadi demikian jualah keadaan orang lelaki beriman yang bergegas itu, bila mana dia mendengar makar tipudaya kaumnya menentang para Nabi Allah itu, membuak dan menyemaraklah api kemarahannya lalu dia segera datang dan menyeru kaumnya, dan dia menyatakan keimanannya secara terang-terangan tanpa selindung lagi di hadapan kaumnya. Dia berkata dengan menantang:
Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah [pengakuan keimanan] ku. (25)
(Yaa Seen)
ومن ثم قاموا بقتله، ولكن حفاظاً على سريّة أمر أصحاب الكهف لم يُنزل الله على قومه من بعده من جُندٍ من السماء:
{وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ ﴿٢٨﴾ إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ ﴿٢٩﴾}
[يس]
Lalu setelah itu kaumnya membunuhnya, namun agar kerahasiaan dan misteri perkara Ashabul Kahfi ini terpelihara, Allah SWT sama sekali tidak mengutuskan seorangpun dari tentera-Nya dari langit kepada kaum itu, setelah mereka membunuh lelaki itu:
Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia [meninggal] suatu pasukan pun dari langit dan tidak layak Kami menurunkannya. (28) Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati. (29)
(Yaa Seen)
فقد خسف الله بأصحاب الرسّ فابتلعهم وقصورهم جبلُ الحمّة، فغاصت قصورهم في بطن جبل الحمّة(بكن فيكون)، صيحة واحدة فإذا هم خامدون مباشرةً بعد قتلهم للداعية الذي أعلن إيمانه بين أيديهم.
Maka sesungguhnya Allah SWT telah menenggelamkan Ashabur Rass, mereka dan rumah-rumah mereka semua ditelan oleh Jabal Himah, maka terbenamlah rumah-rumah dan istana-istana mereka dalam perut Jabal Himah, hanya dengan KUN FA YAKUN, berupa sebuah teriakan keras langsung membuatkan mereka semua mati setelah mereka membunuh lelaki yang menyeru mereka dan menyatakan keimanannya di hadapan mereka.
وأما رسول الله إلياس والفتية الأنبياء المكرمين فلا يزالون مختبئين في كهفهم نظراً للتهديد والوعيد:
{لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٨﴾}
[يس]
Adapun Rasulullah Ilyas AS dan 2 orang pemuda mulia dari kalangan para Nabi itu, maka mereka tetap menyembunyikan diri di dalam gua mereka, memandangkan intimidasi, gertakkan dan ancaman yang mereka terima:
sesungguhnya jika kalian tidak berhenti [menyeru kami], niscaya kami akan merajam kalian dan kalian pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami". (18)
(Yaa Seen)
وبعد صحوهم لم يعلموا ماذا حدث لقومهم من بعدهم، وأراد رسول الله إلياس أن يبعث أحد الفتية إلى المدينة ليأتي لهم بطعامٍ ويلزم الحذر والمراقبة وقال:
{إِنَّهُمْ إِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَن تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا ﴿٢٠﴾}
[الكهف]
Dan setelah mereka bangun, mereka belum mengetahui apa yang telah terjadi terhadap kaum mereka setelah mereka menyembunyikan diri, maka Rasulullah Ilyas ingin mengutus seorang dari pemuda untuk menyiasat ke kota, agar si pemuda kelak membawakan untuk mereka makanan, namun mestilah berhati-hati dan berwaspada, beliau berkata:
Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya". (20)
(Al-Kahfi)
غير أن الرجل خرج إلى باب الكهف فلم يرى قرية قومه في أعلى الحمّة، وكأن الأرض ابتلعتهم فلم يرى لهم أنوار أو أي أثرٍ أو ضجيجٍ مع أن الوقت من الليل لا يزال مبكراً، فأدهشهم ما هذا الصمت الرهيب فلم يسمعوا حتى نهيق حميرهم أو نباح كلابهم فأدهشهم الأمر، ومن ثم قرروا الانتظار إلى الصباح حتى يتبين لهم أمر قومهم أين ذهبوا وماذا حدث لهم من بعدهم! فعادوا إلى كهفهم مرةً أخرى فناموا نومةً أخرى هي النّومة الكبرى من ذلك الزمن ولا يزالون في سُباتهم إلى هذه الساعة:
{لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا ﴿١٨﴾}
[الكهف]
Meskipun begitu lelaki yang keluar ke pintu gua tidak dapat melihat desa kaumnya di atas Himah, kerana bumi telah menelan mereka dan dia juga tidak melihat dari tempat mereka adanya sebarang cahaya atau apa-apa bekas, tanda mereka dan hiruk pikuk mereka, tambahan pula waktu itu malam masih muda, maka dia merasa hairan terhadap kaumnya, apakah bunyi pekikan kuat yang mengerikan tadi hinggakan mereka tidak mendengar apa-apa dari desa kaum mereka, bahkan tiada ringkikkan keldai maupun salakkan anjing membuatkan dia berasa hairan terhadap perkara itu.
Setelah itu mereka memutuskan untuk menunggu hingga pagi supaya jelas bagi mereka apa yang terjadi pada kaum mereka, ke mana mereka semua pergi dan apa sebenarnya yang terjadi pada mereka setelah pemuda-pemuda itu lari menyembunyikan diri!
Maka mereka kembali lagi ke gua mereka dan kembali tidur lagi, dan inilah tidur yang luarbiasa panjang dimulai dari zaman itu dan mereka masih dalam keadaan tidur panjang mereka hinggalah ke saat ini:
Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan [diri] dan tentulah [hati] kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka. (18)
(Al-Kahfi)
فهل تدرون لماذا الرعب يصيب من اطلع عليهم؟ إنه ليس كما تظنون بأنه من طول أشعارهم وأظافرهم نظراً للمدة الطويلة، فذلك تأويلٌ بالظنّ والظنّ لا يُغني من الحقّ شيئاً، ولو كان هذا التّفسير صحيحاً لما قالوا عند لبثهم الأول لبثنا يوماً أو بعض يوم لكان تبين لهم بأن لهم كثيراً نظراً لطول أشعارهم وأظافرهم ولكنهم لم يروا من تفسيركم شيء لذلك قالوا لبثنا يوماً أو بعض يوم.
Adakah kalian tahu mengapa rasa takut akan menimpa sesiapa yang melihat mereka? Ianya bukanlah seperti yang kalian sangkakan yaitu kerana panjangnya rambut mereka dan kuku mereka sebab waktu yang panjang, padahal yang demikian ini merupakan takwil dengan dzonn, sedang dzonn ini tidak berguna sama sekali buat menggapai kebenaran, andai sahaja tafsiran seperti itu benar shahih, maka sudah tentu mereka tidak akan mengatakan ketika mereka tinggal pada kali pertama,
"Kami tinggal selama sehari atau setengah hari"
kerana telah pasti menurut kalian bahawa mereka tinggal lama kerana panjangnya rambut dan kuku mereka, akan tetapi keadaan mereka itu tidak menunjukkan atau menggambarkan sedikit pun dari tafsir kalian, kerana itulah mereka mengatakan
"Kami tinggal selama sehari atau setengah hari".
وكذلك فلا صحة لتفسيركم والأسطورة بأنه ذهب بالعملة ومن خلالها اكتشف أمرهم، بالله عليكم هل هذا تفسير منطقيّ! ولو كان كذلك لنبأهم هذا الرجل بشأنهم وقصتهم كما يقول المثل المصري من طاء طاء لسلام عليكم.
Begitu juga tidak benar tafsiran kalian dan legenda mitos yang mengatakan bahawa pemuda itu keluar membawa wang syiling, dan koin itulah yang menyebabkan tersingkapnya perkara mereka, Ya Allah apakah tafsiran ini masuk akal!
Sekiranya benar seperti itu, pastilah lelaki tadi telah memberitakan kepada mereka urusan perkara mereka dan menceritakan kisah mereka, seperti pepatah Mesir
من طاء طاء لسلام عليكم
(Maksudnya: Pasti semuanya diceritakan dari permulaan hingga tamat)
ولكننا نجد الذين عثروا عليهم لم يحيطوا بشأنهم شيئاً؛ بل بالعكس تجادلوا في شأنهم واختلفت توقعاتهم في شأنهم ومن ثم ردّوا علمهم لخالقهم فقالوا:
{فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِم بُنْيَانًا ربّهم أَعْلَمُ بِهِمْ ۚ}
[الكهف:21]
Namun, kami mendapati bahawa orang-orang yang dipertemukan dengan mereka itu tidak mengetahui sedikit pun mengenai perkara mereka; Bahkan mereka berbantah-bantahan mengenai urusan pemuda-pemuda itu, dan berbeza-beza pandangan serta tanggapan mereka terhadap urusan pemuda-pemuda itu.
Sebab itulah orang-orang yang menemukan mereka itu mengembalikan dan menyerahkan ilmu pengetahuan mereka kepada Pencipta mereka, mereka berkata:
orang-orang itu berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di atas [gua] mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka"
(Al-Kahfi)
فمن أين جئتم بعلمهم وأخبارهم؟ فنحن نجد القوم الذين عثروا عليهم لم يحيطهم الله بشأنهم شيئاً، غير أن أهل العلم رأوا بأن لا بُدّ أن لهم شأناً في الكتاب إلى أجل مسمًى وأن الله لم يبقهم عبثاً فقرروا أن يبنوا عليهم مسجداً وذلك حتى يأتي بيان شأنهم المُقدّر في الكتاب.
Lalu dari mana pula kalian dapat datangkan ilmu pengetahuan terhadap mereka dan berita-berita mereka? Padahal kami dapati bahawa kaum yang dipertemukan dengan mereka sahaja tidak diberi pengetahuan oleh Allah mengenai urusan pemuda-pemuda itu sedikitpun.
Meskipun demikian, ahli ilmu dapat melihat bahawa pasti pemuda-pemuda itu mempunyai suatu urusan dalam Kitabullah, hinggalah sampai waktu yang ditentukan, dan Allah SWT tidak meninggalkan mereka sia-sia, kerana itu kaum yang dipertemukan dengan mereka itu membuat keputusan untuk membina di atas mereka bangunan masjid, dan begitu keadaannya sehingga datang bayan penjelasan terhadap perkara mereka itu yang telah ditetapkan di Kitabullah.
وقد جاء الهدف من بقائهم، وهو لتعلموا بأن وعد الله حق، وأن السّاعة آتية لاريب فيها، فقد جعلهم الله من علامات السّاعة الكبرى، وكذلك الرقيم المُضاف إليهم من علامات الساعة، إنه عبد الله ورسوله المسيح الحقّ عيسى بن مريم عليه الصلاة والسلام والذي ذكره الله في أول سورة الكهف :
{وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّـهُ وَلَدًا ﴿٤﴾مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا ﴿٥﴾}
Sesungguhnya telah tiba tujuan mereka dipanjangkan tidurnya, ianya adalah agar kalian semua mengetahui bahawa janji Allah itu benar, dan bahawasanya Hari Kiamat itu pasti datang tiada keraguan padanya.
Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan pemuda-pemuda itu sebagai bahagian dari tanda-tanda besar Kiamat, dan demikian pula dengan Ar-Raqim yang ditambah kepada pemuda-pemuda Ashabul Kahfi, yang juga merupakan bahagian dari tanda-tanda Kiamat.
Sesungguhnya dia (Ar-Raqim) itu adalah hamba Allah dan Rasul-Nya Al-Masih yang haq, Isa Putera Maryam AS, yang dinyatakan Allah SWT pada permulaan Surah Al-Kahfi:
Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak". (4) Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan [sesuatu] kecuali dusta. (5)
وكذلك أنتم يا معشر المسلمين ليس لكم علم بابن مريم وتظنون بأن الله رفعه إليه جسداً وروحاً؛ بل إن الله توفاه رافعاً روح ابن مريم إليه وأمر الملائكة بتطهير الجسد، لذلك قال تعالى:
{وَمُطَهِّرُكَ}
[آل عمران:55]
Demikian jugalah kalian wahai kaum muslimin, kalian tidak mengetahui sama sekali mengenai Putera Maryam dengan sangkaan kalian bahawa Allah SWT mengangkatnya dengan JASAD dan JIWA kepada-Nya; Padahal Allah SWT mewafatkannya dengan mengangkat dan meninggikan JIWA Putera Maryam kepada-Nya, dan Allah SWT telah memerintahkan para malaikat membersihkan dan mensucikan jasad Isa AS,
kerana itu Dia berfirman:
serta membersihkan engkau
(Ali-'Imran-55)
فقد طهرته الملائكة وجعلته في تابوت السكينة ضمن آيات أخرى، ويوجد التابوت في نفق أصحاب الكهف في قرية الأقمر التي بجانب حورور في محافظة ذمار.
وأحذر اليهود من الدخول تلك المنطقة تحذيراً كبيراً وأتحداهم أن يحاولوا مسّهم بسوءٍ إن كانوا صادقين، فإن كان لهم كيدٌ فليكيدوا ولا ينتظروا، والله محيط بالكافرين.
Maka sesungguhnya para malaikat telah menyucikan jasadnya dan menempatkannya di dalam Tabut Sakinah, sebagai jaminan bagi tanda-tanda lain. Peti itu ada di ruang dalam gua Ashabul Kahfi di Desa Al-Aqmar yang terletak di sisi Hurur di daerah Dhamar.
Aku peringatkan Yahudi dari memasuki kawasan itu dengan sebenar-benar peringatan lagi tegas, dan juga sekutu-sekutu mereka yang berusaha mengganggu mereka dengan gangguan apapun jika mereka di kalangan orang-orang yang benar, namun sekiranya mereka mempunyai makar rencana tipudaya, maka laksanakan-lah segera jangan ditunggu-tunggu,
dan Allah SWT meliputi orang-orang kafir.
أولئك قد جعلهم الله وزرائي ولكن أكثركم لا يعلمون! فانظروا يا أهل اليمن أصدقت أم كنت من الكاذبين؟ ولربما تستهزئون بأمري فلا تبحثوا عنهم شيئاً حتى يفجر الله فيكم بركانًا عظيماً تهتز منه أرضكم. فأطيعوا أمري واستخرجوا آيات التّصديق ليعلم النّاس بأن وعد الله حقٌّ وأن السّاعة آتية لاريب فيها.
Mereka itulah yang telah Allah SWT jadikan mereka itu sebagai pembantu-pembantuku, akan tetapi banyak dari kalian tidak mengetahuinya! Maka perhatikanlah wahai penduduk Yaman, adakah aku mengatakan kebenaran ataukah aku termasuk kalangan pendusta?
Barangkali kalian akan mengejek dan mentertawakan urusanku ini menyebabkan kalian sama sekali tidak berusaha mengetahui mereka sehingga Allah SWT membuat gunung berapi yang besar meletus, dengan letusan yang menggegarkan bumi kalian.
Maka taatlah kalian semua pada perintahku dan selidikilah tanda-tanda pembenaran agar manusia mengetahui bahawa janji Allah itu benar, dan Hari Kiamat itu pasti datang tanpa ada keraguan terhadap kedatangannya.
وأحمل المسؤولية بالدرجة الأولى (الرئيس اليمني علي عبد الله صالح) فافعلوا ما تؤمرون، وإن أردتم مزيداً من أخبارهم زدناكم ولكنكم سوف تشاهدون الحقّ على الواقع الحقيقي، فابدأوا بالتابوت (تابوت السكينة من آيات مُلكي عليكم)، فليحمل أحدٌ إلى أهل اليمن خطابنا هذا حتى يسلمه إلى قرية حمة ذياب والتي بين حورور والأقمر ذلك بأن القرية التي خسف الله بها (قرية أصحاب الرسّ توجد تحت أقدامهم)، وأما الكهف فيوجد في قرية الأقمر التي بجانب حمة ذياب، ولربما استخدمه أحد الرعية فجعل فيه القصب، غير إنه لا يعلم ما وراء الجدار القديم وإنه لمن الغافلين، فإن رأيتم أهل اليمن صامتين فاعلموا بأنهم لم يبحثوا عن هذه الحقيقة، ولكن من فيه خير لنفسه فسوف يهتم بهذا الأمر حتى يبيّن للعالم حقيقة المدعو( ناصر محمد اليماني ) هل يقول الحقّ أم كان من اللاعبين المهديين الذين وسوست لهم الشياطين بغير الحقّ فضلوا وأضلوا؟
Dan aku bawakan pertanggungjawaban tingkat tertinggi ini kepada Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, maka laksanakanlah apa yang diperintahkan kepada kalian, dan sekiranya kalian mahu tambahan dari maklumat mengenai berita-berita mereka ini, maka akan kami tambahkan untuk kalian, namun kelak kalian akan menyaksikan kebenarannya dalam realiti sejati.
Oleh itu mulailah untuk menemukan Tabut Sakinah yang merupakan tanda-tanda Pengendalian Pemerintahanku ke atas kalian, maka hendaklah ada seorang untuk membawakan Risalahku ini kepada penduduk Yaman, agar dia menyerahkannya ke Desa Himah Ziab, yang terletak di antara Hurur dan Al-Aqmar, yang bersebelahan dengan Himah Ziab, demikian ini kerana Qoryah yang Allah tenggelamkan, Qaryah Ashabur Rass itu berada di bawah kaki-kaki mereka.
Adapun Al-Kahfi -ngalau/gua besar-, maka ianya terdapat di desa Al-Aqmar yang bersebelahan dengan Himah Ziab, barangkali ada salah seorang dari peribumi di situ yang dapat membantunya sebagai penunjuk jalan, meskipun dia tidak mengetahui apa yang terdapat di balik tembok kuno ini sedang dia termasuk orang-orang yang lalai tentangnya.
Oleh itu sekiranya kalian mendapati penduduk Yaman hanya berdiam diri, maka ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyelidiki tentang hakikat ini, namun sesiapa di situ yang memiliki kebaikan untuk dirinya sendiri, maka kelak dia akan mengambil tahu mengenai perkara ini dan lebih bersungguh-sungguh terhadapnya, sehinggalah dia menyatakan ke seluruh dunia mengenai kebenaran orang yang bernama Nasser Mohammed Al-Yamani, apakah dia mengatakan kebenaran ataukah dia hanya salah satu dari mahdi jadi-jadian yang bermain-main dengan was-was dari syaitan yang dibisikkan kepada mereka tanpa kebenaran lalu sesat dan menyesatkan?
أخوكم في الله الناصر لدين محمد رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، الإمام ناصر محمد اليماني..
Saudara kalian di jalan Allah
Pembela Agama Muhammad Rasulullah
صلى الله عليه وآله وسلم
Al-Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
__________________
المصدر
sumber
https://nasser-alyamani.org./showthread.php?p=4522