>المصدر<
الإمام ناصر مُحمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
30 - 01 - 1433 هـ
26 - 12 - 2011 مـ
04:53 صباحاً
ــــــــــــــــــــــ
من هو القرين في هذه الآية الكريمة: { قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ }؟
Siapakah Qorin dalam ayat Al-Qur'an yang mulia ini:
Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang Qorin -rakan- (yang menempelak daku). (51)
?
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدي مُحمد رسول الله وآله الأطهار وجميع أنصار الله الواحد القهار إلى اليوم الآخر، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي الأنصار السابقين الأخيار..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad Rasulullah dan keluarganya yang suci bersih (dari kotoran syirik), juga ke atas seluruh Anshoorullah, para pendukung Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan hingga Hari Akhir, semoga kesejahteraan tetap terlimpahkan ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahanNya wahai kekasihku para ansar pendahulu yang baik lagi diberkahi..
وإنّ القرين المقصود في هذا الموضع هو إنسانٌ وليس شيطانٌ، بل كان له قرينٌ من قبل إيمانه بالحقّ من ربه، ومن ثُمّ حاول قرينه أن يردّهُ عن الاتباع فأبى ومن ثُمّ افترقا حين أبى أن يسمع نصيحته بعدم التصديق بالبعث والجنة والنار، ومن ثُمّ جرت العداوة بينهما كون أحدهما أبى أن يسمع نصيحة صاحبه واتبع الحقّ من ربّه الذي بعث الله به أنبياءه فاتّبع حزبه، وأما الآخر فاتّبع الحزب المعادي ولم يعد قرينه؛ بل كان قرينه من قبل الإيمان ومن ثمّ اتخذ له قريناً آخر من الكفار، وأما المؤمن فاتّخذ له قريناً آخر من المؤمنين. ولذلك قال الله تعالى: {الْأَخِلَّاء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ} صدق الله العظيم [الزخرف:67].
Sesungguhnya Qorin yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah insan, dia adalah manusia bukannya syaitan, bahkan yang sebenarnya adalah dahulu (semasa kehidupan dunia) dia mempunyai teman sebelum dia beriman dengan kebenaran yang datang dari Tuhannya, lalu temannya berusaha untuk menarik dia kembali dari mengikuti kebenaran namun dia menolak.
Kemudian mereka berdua putus hubungan tatkala dia enggan mendengarkan nasihat temannya untuk tidak mempercayai kebangkitan, syurga dan neraka, lalu terjadilah permusuhan antara mereka berdua, kerana salah seorang dari mereka itu menolak untuk mendengarkan nasihat sahabatnya, dia tetap mengikuti kebenaran dari Tuhannya, kebenaran yang dibawa oleh seluruh Nabi Allah, maka dia mengikuti kelompok kebenaran dari Allah.
Adapun teman yang satu lagi, maka dia tetap mengikuti kelompok yang berlawanan dengan kelompok kebenaran, dan dia sama sekali tidak menanggapi temannya (yang benar); padahal temannya itu adalah rakannya sebelum beriman, lalu kemudian dia mengambil teman lain untuk dirinya dari kalangan orang-orang yang tidak beriman.
Adapun temannya yang beriman tadi, dia juga mengambil sahabat yang baru untuk dirinya dari kalangan orang-orang yang beriman. Kerana itulah Allah Ta'ala berfirman:
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). (67)
Maha Benar Allah
[Az-Zukhruf]
والرجل الصالح قد فارق قرينه كونه ليس على دينه، وقال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل]
صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Lelaki yang sholeh itu sesungguhnya telah meninggalkan persahabatannya dengan rakannya kerana dia tidak seagama dengannya, dan Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda:
Seseorang itu beragama mengikut rakannya, maka lihatlah dengan siapa kamu berkawan.
Benar sabda Rasulullah SAW.
وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين.
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani
ـــــــــــــــــ
sumber:
https://nasser-alyamani.org./showthread.php?t=5276