اقتباس من>> خاتم الأنبياء وأعلمهم جميعاً؛ محمد بن عبد الله بن عبد المطلب
أحسن القصص.. Sebaik-baik kisah (Pengukuhan Dengan Bukti Perjalanan Isra' dan Mi'raj)


عقيدتكم في عذاب القبر غير الحُكم في كتاب الله

Akidah kalian mengenai azab kubur bukan merupakan ajaran dalam Kitabullah Al-Qur'an


بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رب العالمين..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam sejahtera ke atas para Rasul, dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


ونأتي الآن لنفي عذاب القبر في حفرة السوءة، فهلمُّوا يا معشر علماء السُّنة أشدَّ النّاس عقيدةً بأن العذاب من بعد الموت يكون في القبر وبهذه العقيدة أنكروا حقيقة الإسراء والمعراج وذلك لأن محمد رسول الله وجد الكفار المجرمين في نار جهنم يتعذبون جميعاً وليس أشتاتاً في قبورهم، وكذلك جعلتم للكفار عليكم سلطاناً بهذه العقيدة التي ما أنزل الله بها من سلطان بأن العذاب من بعد الموت في القبر حفرة السوءة فهلمُّوا لننظر الفتوى الحقّ من القرآن العظيم.

Sekarang kami datang untuk menafikan azab kubur dalam lubang mayat, maka kemarilah wahai ulama Sunni, manusia yang paling kuat mempercayai bahawa azab seksaan selepas mati terjadi dalam kubur, padahal dengan kepercayaan seperti ini mereka telah menafikan hakikat Isra Mi'raj.

Demikian ini kerana Muhammad Rasulullah menemukan orang-orang kafir yang berdosa berada dalam Neraka Jahannam semuanya diseksa, bukannya diseksa secara terpisah-pisah di kuburan mereka masing-masing, demikian juga dengan keyakinan ini kalian telah menjadikan adanya pengaruh bagi orang-orang non-muslim untuk menguasai kalian, keyakinan yang Allah tidak menurunkan suatu bukti apapun baginya, bahawa azab seksaan selepas kematian itu terjadi dalam lubang kubur, maka kemarilah kalian agar kita perhatikan fatwa yang haq dari Al-Quran yang agung.


الى الضارب وإلى جميع علماء المسلمين، بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين محمد رسول الله صلّى الله عليه وسلّم، السلام علينا وعلى جميع المسلمين التّابعين للحقّ إلى يوم الدين ولا أفرق بين أحدٍ من رسل الله وأنا من المسلمين، وبعد..

Kepada Dharib (forumer) dan seluruh ulama muslimin, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Penutup Para Nabi dan Rasul, Muhammad Rasulullah SAW.

Semoga kesejahteraan tetap ke atas kami dan seluruh muslimin para pengikut kebenaran hingga Hari Pembalasan, tiadalah kami ini membeza-bezakan seorangpun dari para Rasul Allah, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri -muslimin-, selanjutnya..


ويا معشر علماء المسلمين، إني أدعوكم إلى الرجوع إلى كتاب الله وسُنَّة رسوله الحقّ، حقيق لا أقول على الله بالبيان للقرآن غير الحقّ وأصدِّقُ بالحقّ وأكذب الباطل المخالف للحقّ، وأشهد لله شهادة الحقّ اليقين بأن عقيدتكم في عذاب القبر غير الحُكم في كتاب الله وتُخالف له عقيدتكم الموضوعة بمكرٍ من الطاغوت وأوليائه وذلك حتى يصدوا عن الإيمان بالعذاب من بعد الموت.
ولكني المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّكم أشهد بالعذاب لمن يشاء الله من الكفار من بعد الموت مباشرةً يُدخله الله نار جهنم وساءت مصيراً. ولكن بالروح فقط والروح من أمر ربّي ولا تحيطون بها علماً.

Wahai sekalian ulama muslimin, sesungguhnya aku mengajak kalian kembali merujuk Kitabullah dan Sunnah RasulNya yang haq, wajib ke atasku untuk tidak mengatakan terhadap Allah dengan bayan bagi Al-Qur'an kecuali yang haq, aku membenarkan yang haq dan aku ingkari kebatilan yang menyalahi kebenaran.

Aku bersaksi kerana Allah dengan kesaksian haqqul yakin, bahawa akidah kalian mengenai azab kubur bukan merupakan ajaran dalam Kitabullah Al-Qur'an, akidah kalian yang palsu itu menyalahi Al-Qur'an dengan makar tipudaya yang datang dari Thogut dan penolong-penolongnya, demikian ini agar mereka dapat memesongkan keimanan yang benar terhadap azab seksaan setelah kematian.

Akan tetapi aku Al-Mahdi Al-Muntazhar yang haq dari Tuhan kalian bersaksi, bahawa azab seksaan bagi sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari orang-orang kafir itu terjadi secara langsung setelah kematian mereka, Allah terus memasukkan mereka ke Neraka Jahannam seburuk-buruk tempat tinggal. Namun dengan ruh sahaja sedang ruh itu dari urusan Tuhanku dan ilmu pengetahuan kalian tidak dapat meliputi ilmu Allah.


وقد أخبركم محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بأنه مرَّ على أهل النَّار بطريق معراجه فشهدهم في النَّار يتعذبون في كوكب النَّار دون السماء وفوق الأرض.
ومن ثمّ واصل المعراج هو وأخيه جبريل عليهما الصلاة والسلام حتى وصلا سدرة المُنتهى للمعراج فوجد عندها جنّة المأوى والسابقون فيها.

Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah memberitahukan kepada kalian bahawasanya beliau telah melewati penduduk Neraka sewaktu Mi'raj yang beliau alami, yang mana Nabi telah melihat mereka berada di Neraka sedang diseksa dalam Kaukab Naar -planet api- yang tanpa langit dan lebih besar dari bumi.

Kemudian Mi'raj diteruskan, Nabi dan saudara beliau Jibril-semoga kesejahteraan ke atas mereka berdua- sehingga sampai di Sidratul Muntaha dan Nabi SAW mendapati di sisi Sidratul Muntaha ada Syurga Ma'wa, sedang penduduknya adalah kalangan orang-orang terdahulu berada di dalamnya.


إذاً يا معشر علماء الأمَّة لقد أصدق الله نبيه بالحقّ على أن يُرية النَّار التي وعد بها الكفار بعين اليقين وكذلك يُريه الجنّة التي وعد بها الأبرار بعين اليقين من قبل مماته عليه الصلاة والسلام، وعده الله أن يُرية من آيات ربّه الكُبرى، ومنها النَّار التي وعد بها الفجار، والجنة التي وعد بها الأبرار.

Jika demikian wahai sekalian ulama umat, sesungguhnya Allah telah membuktikan kepada NabiNya bahawa Dia benar-benar akan memperlihatkan kepada Nabi dengan Ainul Yaqin, terhadap Neraka yang diancamkanNya untuk orang-orang kafir, demikian juga Allah memperlihatkan kepadanya Syurga yang dijanjikanNya untuk orang-orang yang berbuat baik denganAinul Yaqin sebelum Nabi SAW wafat, yang mana Allah telah janjikan kepada Nabi untuk memperlihatkan sebahagian dari tanda-tanda besar kekuasaan Tuhannya, antaranya adalah Neraka yang dijanjikanNya buat para pendosa dan Syurga yang dijanjikanNya buat para pelaku kebaikan.


وأنا المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّكم أشهد بأن محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أُسري به بالروح والجسد من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى ثمّ إلى سدرة المنتهى عندها جنّة المأوى عند مليك مقتدر.

Aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang haq dari Tuhan kalian, aku bersaksi bahawa Muhammad Rasulullah SAW telah diperjalankan dengan ruh dan jasadnya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Isra'), ; lalu ke Sidratul Muntaha yang di dekatnya ada Syurga Ma'wa di sisi Tuhan Yang Maha Berkuasa.


وذلك الحدث الجلل العظيم جاء تصديقاً لوعد الله لنبيه عليه الصلاة والسلام في قول الله تعالى:
{وَإِنَّا عَلَىٰ أَن نُّرِ‌يَكَ مَا نَعِدُهُمْ لَقَادِرُ‌ونَ ﴿٩٥﴾}
صدق الله العظيم [المؤمنون]

Demikian itu merupakan kejadian peristiwa hebat lagi luarbiasa, yang terjadi sebagai pembenaran bagi janji Allah kepada NabiNya SAW, dalam firman Allah Ta'ala:

Dan sesungguhnya Kami benar-benar kuasa untuk memperlihatkan kepadamu apa yang Kami ancamkan kepada mereka. (95)
Maha Benar Allah

[Al-Mukminun]


وتصديقاً لهذا الوعد أُسْريَ بمحمدٍ رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، ثمّ شاهد النَّار التي وعد بها الفجار فوجد فيها المجرمين يتعذبون، ومن ثمّ واصل المعراج حتى شاهد الجنّة التي وعد الله بها الأبرار فوجد من وجد فيها من المكرمين السابقين. وذلك تصديقاً لوعد الله في قوله تعالى:
{وَإِنَّا عَلَىٰ أَن نُّرِ‌يَكَ مَا نَعِدُهُمْ لَقَادِرُ‌ونَ ﴿٩٥﴾}
صدق الله العظيم [المؤمنون]

Sebagai pembenaran dan pembuktian bagi janji Allah inilah Muhammad Rasulullah SAW diperjalankan oleh Allah, lalu Nabi menyaksikan Neraka yang Allah ancamkan kepada orang-orang yang berbuat jahat, yang mana Nabi mendapati di dalam Neraka itu ada orang-orang yang berdosa sedang terseksa.

Kemudian Mi'raj diteruskan hingga Nabi melihat Syurga yang Allah janjikan kepada orang-orang yang berbuat baik, dan Nabi menemukan di dalamnya ada orang-orang yang dimuliakan Allah dari kalangan pendahulu yang sholeh.

Begitulah pemenuhan janji Allah pada firmanNya:

Dan sesungguhnya Kami benar-benar kuasa untuk memperlihatkan kepadamu apa yang Kami ancamkan kepada mereka. (95)
Maha Benar Allah
[Al-Mukminun]


وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya layak
bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani

ــــــــــــــــــــــ

sumber:
https://nasser-alyamani.org./showthread.php?t=19239