من أعظم كرم الضيافة هو أن تكرم ضيوفاً لا تعرفهم فتطعمهم قبل ان تسألهم من يكونون لكون إكرامهم هو لوجه الله..

>المصدر<


من أعظم كرم الضيافة هو أن تكرم ضيوفاً لا تعرفهم فتطعمهم قبل ان تسألهم من يكونون لكون إكرامهم هو لوجه الله..

Sebesar-besar kedermawanan dalam menyambut kedatangan tetamu, adalah dengan memuliakan para tetamu yang kamu tidak mengenalinya, dengan memberi mereka makan sebelum kamu menanyakan siapa mereka, kerana memuliakan mereka adalah semata-mata kerana mengharap ridho Allah..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورُسله أجمعين وآلهم الطيبين والتابعين للحقِّ إلى يوم الدين..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh para Nabi Allah dan Rasul-Nya, juga keluarga mereka yang baik dan para pengikut kebenaran hingga Hari Pembalasan..


أخي السائل الكريم عن ضيف إبراهيم الكريم الذين أكرمهم وذبح لهم عجلاً سميناَ ومن ثم أمر بطبخه حنيذاً كونه سميناً كثيرَ الشحم ثم يكون لحماً شهياً كون طبخ الحنيذ يصلح للحمٍ كثير الشحم ثم يكون لذيذ الطعم، فأكرمهم بعجلٍ قبل أن يسألهم من يكونون، وذلك هو كرم الضيافة الحقّ لوجه الله الكريم كونه لم يسألهم إلا بعد أن قدّم العجل الحنيذ بين أيديهم، فإذا أيديهم لم تمتد إلى اللحم ليأكلوا منه بعد أن قال لهم تفضلوا بالأكل ولم تمتد أيديهم إلى اللحم وكانوا صامتين فأوجس منهم خيفة وقال لهم : {قَالَ إِنَّا مِنْكُمْ وَجِلُونَ} [الحجر:52]، ومن ثم طمأنوه فأخبروه أنّهم من ملائكة الرحمن وبشروه بغلامٍ عليمٍ، وقالوا : {قَالُواْ لاَ تَوْجَلْ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَـٰمٍ عَلِيمٍ (53) قَالَ أَبَشَّرْتُمُونِى عَلَىٰ أَن مَّسَّنِىَ ٱلْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ (54) قَالُواْ بَشَّرْنَـٰكَ بِٱلْحَقِّ فَلاَ تَكُن مِّنَ ٱلْقَـٰنِطِينَ (55) قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ ٱلضَّآلُّونَ (56) قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا ٱلْمُرْسَلُونَ (57) قَالُواْ إِنَّآ أُرْسِلْنَآ إِلَىٰ قَوْمٍ مُّجْرِمِينَ (58) إِلاَ ءَالَ لُوطٍ إِنَّا لَمُنَجُّوهُمْ أَجْمَعِينَ (59) إِلاَّ ٱمْرَأَتَهُ قَدَّرْنَآ إِنَّهَا لَمِنَ ٱلْغَـٰبِرِينَ(60)} صدق الله العظيم [الحجر]، حتى إذا ذهب عن إبراهيم الرَّوع من ضيوفه وتأكد أنهم ملائكة رسل من ربّ العالمين، ثم جادلهم في قوم لوطٍ ووعدهم أنه سوف يذهب إليهم ليحاول إنقاذهم من عذاب الله. وقال الله تعالى : {فَلَمَّا ذَهَبَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الرَّوْعُ وَجَاءَتْهُ الْبُشْرَى يُجَادِلُنَا فِي قَوْمِ لُوطٍ ( 74 ) إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُنِيبٌ ( 75 ) يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَذَا إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ( 76)} صدق الله العظيم [هود].

Saudaraku penanya yang budiman, yang bertanya tentang tamu Nabi Ibrahim AS yang dermawan, para tetamu yang Ibrahim AS telah memuliakan mereka, di mana dia telah menyembelih anak lembu yang gemuk untuk mereka.

Lalu kemudian Ibrahim AS menyuruh untuk memasak daging itu dengan dipanggang, kerana anak lembu itu gemuk banyak lemak, yang nantinya akan menjadi daging panggang yang membangkitkan selera, kerana memasaknya dengan cara dipanggang adalah baik untuk daging yang banyak lemak, yang akan menjadi makanan lazat dan menyelerakan.

Maka Ibrahim AS telah memuliakan para tetamunya terlebih dahulu dengan daging anak lembu yang dipanggang, sebelum dia menanyakan siapa mereka, demikian itulah kedermawanan dalam menyambut kedatangan tetamu yang hak, demi semata-mata mengharap keredhaan Allah, kerana Ibrahim AS tidak bertanya kepada mereka melainkan setelah menghidangkan daging anak lembu panggang di hadapan mereka.

Tatkala para tetamu itu tidak menyentuh daging panggang dan tidak memakan sedikitpun darinya, setelah Ibrahim AS mempersilakan mereka untuk makan menikmatinya, akan tetapi para tetamu itu tidak menyentuh daging panggang itu sedang mereka hanya mendiamkan diri, maka Ibrahim AS merasa takut terhadap para tetamu itu, Ibrahim AS berkata kepada mereka:

Dia berkata: Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu. (52)
[Al-Hijr]

Setelah itu para tetamunya membuat Ibrahim AS menjadi tenang, mereka memberitahu Ibrahim AS bahawa mereka adalah para malaikat Ar-Rahman, malaikat Tuhan Yang Maha Pemurah, mereka memberikan berita gembira kepada Ibrahim AS bahawa dia akan mendapat anak lelaki yang alim, mereka berkata:

Mereka berkata: "Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi kabar gembira kepadamu dengan [kelahiran seorang] anak laki-laki [yang akan menjadi] orang yang alim"(53)

Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi kabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah [terlaksananya] berita gembira yang kamu kabarkan ini?" (54)

Mereka menjawab: "Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa". (55)

Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat". (56)

Berkata [pula] Ibrahim: "Apakah urusanmu yang penting [selain itu], hai para utusan?" (57)

Mereka menjawab: "Kami sesungguhnya diutus kepada kaum yang berdosa, (58)

kecuali Luth beserta pengikut-pengikutnya. Sesungguhnya Kami akan menyelamatkan mereka semuanya, (59)

Kecuali isterinya, Kami telah menentukan, bahwa sesungguhnya ia itu termasuk orang-orang yang tertinggal [bersama-sama dengan orang kafir lainnya]". (60)

Maha Benar Allah
[Al-Hijr]

Sehinggalah tatkala telah lenyap ketakutan Ibrahim AS dari tamu-tamunya, dan dia pasti bahawa para tetamu itu adalah para malaikat utusan Tuhan Semesta Alam, baru kemudian Ibrahim AS bersoal jawab dengan mereka mengenai kaum Nabi Luth AS, dia berjanji kepada para malaikat utusan Tuhan bahawa kelak dia akan pergi kepada kaum Luth untuk berusaha menyelamatkan mereka dari azab seksaan Allah.

Allah Ta'ala berfirman:

Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, diapun bersoal jawab dengan [malaikat-malaikat] Kami tentang kaum Luth. (74)

Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi pengiba dan suka kembali kepada Allah. (75)

Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak. (76)

Maha Benar Allah
[Hud]




وسلامٌ على المُرسلين، والحمد ُلله ربّ العالمين..
أخوكم؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني
.

Salam ke atas para Rasul dan segala puji
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian: Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani


ـــــــــــــــــــ

sumber:
https://nasser-alyamani.org./showthread.php?t=2571