>المصدر<

الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
27 - 12 - 1929 هـ
26 - 12- 2008 مـ
02:48 صباحاً
ـــــــــــــــــــــ



سبب صمتهم في عصر الحوار بالبيان الحقّ للذكر من قبل الظهور..

Penyebab mereka senyap berdiam diri pada era hiwar dengan Bayan Al-Haq lidz Dzikr -pernyataan yang benar bagi Al-Qur'an- sebelum muncul..


إليك الجواب من الكتاب وليتذكر أولوا الألباب.. بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين، وبعد..

Untukmu jawaban dari Kitabullah, supaya orang-orang berakal -Ulul Albaab- dapat mengambil pelajaran..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam ke atas para Rasul, dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam,
wa ba'du..



إليك الجواب من الكتاب ليتذكر أولوا الألباب إني أجدهم في علم الغيب في كتاب علام الغيوب أنهم ليسوا بمكذبين ولكنهم غير موقنين حتى يعترفوا بالحقّ حين وقع القول عليهم ومن ثم يوقنون، فيخرج دابة من الأرض الرقيم ابن مريم الحكم بين النّصارى والمسلمين في عقيدة المبالغة في شأنه بغير الحقّ، وقالوا اتّخذ الله ولداً! أو قول طائفة منهم هم أشد كُفراً: إن الله هو المسيح عيسى ابن مريم! فيُنكر عقيدة الباطل ويكون من التابعين للحقّ. تصديقاً لقول الله تعالى:

{فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّكَ عَلَى الحقّ الْمُبِينِ (79) إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاء إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ (80) وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن ضَلَالَتِهِمْ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ (81) وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ (82)}

صدق الله العظيم [النمل]

Untukmu jawaban dari Kitabullah, supaya orang-orang berakal -Ulul Albaab- dapat mengambil pelajaran, sesungguhnya aku mendapati mereka dalam ilmu pengetahuan mengenai perkara yang ghaib, dalam Kitab Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib, bahawasanya mereka tidaklah mendustakan perkaraku ini, akan tetapi mereka tidak meyakininya, sehinggalah kelak mereka akan mengakui kebenarannya ketika telah jatuh perkataan (datang ketetapan Allah) ke atas mereka.

Kemudian barulah setelah itu mereka akan meyakini kebenaran urusanku ini, bilamana Dabbah Ar-Raqiim Putera Maryam keluar dari bumi memutuskan perkara antara kaum Nasrani dan Muslimin, mengenai akidah berlebih-lebihan dalam urusannya ('Isa AS) tanpa alasan yang benar, yang mana mereka (Nasrani) mengatakan Allah mempunyai anak! Atau ucapan sekelompok orang dari mereka yang lebih dahsyat lagi kekufurannya: Sesungguhnya Allah adalah Al-Masih 'Isa Putera Maryam! Maka 'Isa AS akan mengingkari dan menolak akidah mereka yang batil, dan 'Isa akan menjadi kalangan pengikut kebenaran.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata. (79)

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya). (80)

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas. (81)

Dan apabila perkataan telah atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka Dabbah dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (82)

Maha Benar Allah
[An-Naml]


وهذا هو سبب صمتِهم في عصر الحوار بالبيان الحقّ للذكر من قبل الظهور! فهو ليس كفراً ولا استكباراً، فهم لا مُصدقين ولا مكذبين لأنهم بالبيان الحقّ لا يوقنون. تصديقاً لقوله تعالى:
{أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ}
صدق الله العظيم [النمل:82]

Inilah penyebab mengapa mereka senyap mendiamkan diri di era hiwar dengan Bayan Al-Haq lidz Dzikr -pernyataan yang benar bagi Al-Qur'an- sebelum muncul
!

Ianya bukan kerana kekafiran dan kesombongan, namun mereka tidak membenarkan dan tidak pula mendustakan, kerana mereka itu tidak meyakini Bayan Al-Haq.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (82)
Maha Benar Allah
[An-Naml]


وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله العالمين..
الإمام المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya
bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani

__________________

sumber:
https://nasser-alyamani.org./showthread.php?t=1507