الموضوع: Sholat tidak diwajibkan bagi wanita yang berhaid dan bernifas, kerana hilangnya rukun suci dari kotoran darah haid, dan puasa ditunda kerana kewajiban sholat diangkat dari mereka

النتائج 1 إلى 3 من 3
  1. افتراضي Sholat tidak diwajibkan bagi wanita yang berhaid dan bernifas, kerana hilangnya rukun suci dari kotoran darah haid, dan puasa ditunda kerana kewajiban sholat diangkat dari mereka


    [ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]
    lihat postingan asal keterangan


    - 1 -

    الإمام ناصِر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    15 - 05 - 1435 هـ
    16 - 03 - 2014 مـ
    05:22 صباحاً
    ــــــــــــــــــــ


    ترفع الصلاة عن الحائض والنفساء بسبب فقدان ركن الطهارة من نجاسة دم الحيض

    ويؤجل الصيام بسبب رفع الصلاة..

    Kewajiban sholat diangkat bagi wanita yang berhaid dan bernifas, kerana hilangnya rukun suci dari kotoran darah haid, dan puasa mereka ditunda kerana kewajiban sholat telah diangkat untuk mereka..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافةأنبياء الله ورسله من أولهم إلى خاتمهم محمد رسول الله وآلهم ومن تبعهم بإحسان في كل زمان ومكان إلى يوم يبعثون، أما بعد..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh nabi Allah dan rasul-Nya dari yang pertama hingga yang terakhir, Muhammad Rasulullah, beserta keluarga mereka dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan pada setiap zaman dan tempat hinggalah hari mereka dibangkitkan, amma ba'd..


    فلا أجد في كتاب الله أن الحائض تقيم الصلاة، لكونها ليست طاهرة من الدم، والطهارة من أركان الوضوء ولذلك تسقط عنها الصلاة المفروضة وصلاة النافلة، وكذلك النفساء. ولكن الله أمرهن أن يذكرن الله كثيرا فيظل لسان الحائض والنفساء رطبا بذكر الله، فلم يمنع الله الحائض والنفساء من ذكره أيام الحيض؛ بل يذكرن الله كثيرا.

    Aku tidak menemukan dalam Kitabullah wanita berhaid mendirikan sholat, kerana wanita itu tidak suci dari darah (haid/nifas), sedangkan thaharah (bersuci) adalah termasuk dari rukun wudlu, sebab itu gugur bagi wanita berhaid (kewajiban) sholat fardlu dan sholat sunnah, juga wanita yang bernifas.

    Namun Allah telah memerintahkan mereka untuk memperbanyak mengingati Allah dengan berdzikir, sehingga lisan mereka terus-menerus basah dengan dzikir dan banyak menyebut Allah.

    Allah tidak melarang wanita yang berhaid dan bernifas dari berdzikir mengingati-Nya dengan menyebut-Nya pada hari-hari mereka datang bulan; bahkan Allah memerintahkan mereka untuk memperbanyak dzikir kepada-Nya.



    وعلى سبيل المثال مريم عليها الصلاة والسلام، فيوم كانت نفساء صامت عن الكلام مع الناس واستبدلته بالتسبيح لربها، فيظل لسانها رطبا بذكر الله. وكذلك يقرأن القرءان، وإنما رفعت عنها الصلاة بسبب أنها لا تستطيع الطهارة من دم النجاسة والطهارة ركن من أركان الوضوء، ولم يأمرها الله بالصيام لكون جسمها يحتاج إلى تغذية بسبب فقدان دم الحيض، وكذلك لا صيام بدون صلاة غير أنها تقضي الصيام ولا تقضي الصلاة لكون الصلاة ليس لها قضاء في أيام أخر كمثل الصيام، ولو أذن الله بقضاء صلاة أيام في أيام أخر لخلت بيوت الله من المصلين وتهاون الناس عن صلاتهم ويمكث المرء يعد ربه بقضاء الصلوات حتى يدركه الموت.

    Sebagai contohnya Maryam, ke atasnya sholawat dan salam, pada hari dia bernifas (melahirkan Isa AS), dia mendiamkan dirinya dari ucapan dengan manusia dan dia menggantikan kata-katanya dengan bertasbih mensucikan Tuhan, maka lisannya terus-menerus basah kerana berdzikir menyebut Allah.

    Demikian juga mereka membaca Al-Qur'an, hanya sahaja sholat dilepaskan dari wanita sebab dia tidak dapat suci dari kotoran darah, sedang thaharah adalah satu dari rukun-rukun wudlu, dan Allah tidak memerintahkan mereka berpuasa kerana tubuh mereka perlukan makanan dan nutrisi disebabkan kehilangan darah.

    Begitu juga tidak ada puasa tanpa sholat, bagaimanapun, wanita perlu qadla (menggantikan) puasanya, namun tidak perlu qadla sholatnya, kerana tidak ada qadla bagi sholat pada hari-hari lain sebagaimana puasa.

    Seandainya Allah mengizinkan untuk mengqadla sholat pada hari-hari yang lain, nescaya masjid-masjid Allah akan lengang dan sepi dari orang-orang yang bersholat, tentu mereka melengahkan dan menyia-nyiakan sholat mereka, hinggakan ada orang yang tetap sahaja berjanji kepada Tuhannya untuk mengqadla sholat-sholatnya sampailah kematian datang menjemputnya.



    وعلى كل حال فنحن نؤكد صحة فتوى العلماء في أنه لا صلاة على الحائض والنفساء ولا صيام وأنها تقضي الصيام ولا تقضي الصلاة.

    Bagaimanapun, kami menegaskan kebenaran fatwa para ulama yang menyatakan bahawa tidak ada sholat dan puasa bagi wanita yang sedang berhaid dan bernifas, dan mereka perlu menggantikan puasa dan tidak perlu menggantikan sholat.


    ولا أجد في ذلك مخالفة لمحكم كتاب الله لكون الدم من النجاسات ولن يستطعن الطهارة وفقدن ركنا من أركان الوضوء الأساسية وهي الطهارة، ولذلك رفع عنهن فرض الصلاة واستبدلهن الله أن يذكرن الله كثيرا في أيام الحيض ما استطعن كذكر مريم عليها الصلاة والسلام حين كانت نفساء برسول الله المسيح عيسى ابن مريم عليهم الصلاة والسلام:
    { إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَـٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا ﴿٢٦﴾ } صدق الله العظيم [مريم]

    Aku tidak temukan pada demikian adanya pertentangan dengan muhkam Kitabullah, kerana darah termasuk dari kotoran najis, dan wanita tidak akan dapat mensucikan diri mereka (selama hari haid dan nifas), mereka telah kehilangan sebuah rukun dari rukun-rukun wudlu yang asas, thaharah.

    Kerana itu juga kewajiban sholat dihilangkan dari mereka, namun Allah menggantikan untuk mereka dengan memperbanyak berdzikir menyebut Allah pada hari-hari mereka datang bulan sesuai kesanggupan mereka, sebagaimana Maryam berdzikir menyebut Allah tatkala dia bernifas melahirkan rasul Allah Al-Masih 'Isa Putranya, sholawat dan salam ke atas mereka,

    Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini,
    Maha Benar Allah
    [Maryam]



    ونستنبط من ذلك عدم هجر ذكر الله وتلاوة القرءان في أيام الحيض والنفاس.

    Kami membuat kesimpulan dari yang demikian, agar tidak meninggalkan Dzikrullah dan tidak menelantarkan bacaan Al-Qur'an pada hari-hari haid dan nifas.


    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله رب العالمين.
    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

    Saudara kalian Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ـــــــــــــــــــ


    sumber:
    https://nasser-alyamani.org./showthread.php?t=17397

  2. افتراضي "Tidak menyentuhnya melainkan hamba-hamba yang disucikan"


    - 2 -


    الإمام ناصر محمد اليماني

    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani

    ــــــــــــــــ


    تفسير الإمام لمعنى الآية { لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ }..

    Tafsir Imam bagi makna ayat
    "Tidak menyentuhnya melainkan hamba-hamba yang disucikan"


    سلامُ الله عليكم ورحمة الله وبركاته..

    Salam Allah atas kalian beserta rahmat dan keberkahan-Nya..


    فقل لزوجتك أن تقرأ القرآن وهي حائض وتمسكه بيديها، فلم يحرم الله ذلك سبحانه.
    وأما البيان الحق لقول الله تعالى:
    { لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ } صدق الله العظيم [ الواقعة:79]،
    أي لا يمس فهم معناه وبيانه إلا المطهرون من الشرك ورضي الله عنكم وأرضاكم.

    Oleh itu suruhlah isterimu membaca Al-Qur'an sedang dia berhaid dan tidak mengapa dia menyentuhnya dengan kedua tangannya, Allah tidak melarang yang demikian, Maha Suci Dia.

    Adapun bayan yang hak bagi firman Allah Ta'ala:

    Tidak menyentuhnya melainkan hamba-hamba yang disucikan
    Maha Benar Allah
    [Al-Waaqi'ah]

    Yakni, tidak menyentuh pada kefahaman makna (Al-Qur'an) itu serta bayan (keterangan)nya melainkan oleh hamba-hamba Allah yang disucikan dari syirik.

    Semoga Allah meredhai kalian dan membuat kalian redha



    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ــــــــــــــــــ


    sumber:
    https://nasser-alyamani.org./showthread.php?t=17397


  3. افتراضي Diperbolehkan bagi guru tahfiz Al-Qur'an wanita, untuk masuk ke dalam masjid bagi mengajar murid-murid sedang dia berhaid dan tidak mengapa baginya..

    - 3 -


    [ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]
    lihat postingan asal keterangan


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    28 - 07 - 1435 هـ
    27 - 05 - 2014 مـ
    5:06 صباحاً

    ــــــــــــــــــــ



    يجوز لمُدرِّسَة تحفيظ القرآن العظيم الدخول إلى المسجد لتدريس الطلاب وهي حائضٌ فلا حرج عليها
    فلا تقولوا هذا حلالٌ وهذا حرامٌ افتراءً على الله الكذب؛ إنَّ الذين يفترون على الله الكذب لا يفلحون
    ..

    Diperbolehkan bagi guru tahfiz Al-Qur'an wanita, untuk masuk ke dalam masjid bagi mengajar murid-murid sedang dia berhaid dan tidak mengapa baginya, janganlah kalian mengatakan ini halal dan ini haram dengan mengada-adakan kedustaan terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة الرسل وآلهم وأتباعهم إلى يوم الدين، أمّا بعد..
    حقيقة ينالُني العجبُ الشديدُ ممن يقولون على الله غير الحقِّ! وحسب فتواهم فعلى المرأة الحائض أن تُغادر الأماكن المقدسة في الحجيج فلا تستكمل حجّها! ويا حياءهم من الله الذين يقولون على الله ما لا يعلمون.

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh para rasul, juga ke atas keluarga dan pengikut mereka sampai Hari Pembalasan, ammaa ba'du..

    Sebenarnya, betapa aku sangat heran dengan orang-orang yang mengatakan terhadap Allah pada perkara yang tidak benar! Sebagaimana fatwa mereka, perempuan haid hendaklah keluar dan tidak mendekati tempat-tempat suci ketika berhaji, hinggakan dia tidak dapat menyempurnakan hajinya
    !

    Alangkah malunya mereka itu dengan Allah, orang-orang yang mengatakan terhadap Allah pada perkara yang mereka tiada mengetahuinya.



    وكذلك يفتون أنّ الحائض لا يجوز لها الدخول إلى المسجد على الإطلاق حسب فتواهم حتى تتطهّر من الحيض حتى ولو كانت مُدَرِّسة تحفيظ قرآنٍ كريمٍ لأولادِ المسلمين! ومن ثمّ نقيم عليهم الحجّة بالحقّ ونقول: فهل من العقل والمنطق أن يتوقّف أولادكم عن تحفيظ القرآن في كلّ شهرٍ أسبوعاً عن دراسة تحفيظ القرآن؟ حتى إذا سألهم أولياؤهم لماذا لم تذهبوا لتحفيظ القرآن هذا الأسبوع؟ فيقولون: "إن مُدَرَّسَتنا فلانة حائضٌ، وفي كل شهرٍ أسبوعٌ إجازة الحيض". ثم تُخجِلون المُدَرِّسَةَ وتفضحون حيضَها في كل شهرٍ على الملأ، ثم تُجبرونها على أن تترك تدريس بناتكم تحفيظَ القرآن العظيم بسبب إشهار حيضها في كل شهرٍ على الملأ، قاتلكم الله أنّى تؤفكون!

    Demikian juga mereka mengatakan bahawa perempuan haid tidak diperbolehkan untuk masuk ke masjid sama sekali menurut fatwa mereka sehingga dia suci dari haid, walaupun wanita itu seorang guru tahfiz Al-Qur'an yang mengajar anak-anak kaum muslimin.

    Untuk itu kami tegakkan hujjah ke atas mereka dengan hak, kami katakan: Adakah logik dan masuk akal sekiranya anak-anak kalian berhenti dari menghafal Al-Qur'an dalam setiap bulan selama seminggu tidak mempelajari tahfiz Al-Qur'an
    ?

    Hinggakan apabila penjaga mereka bertanya kepada mereka mengapa kalian tidak pergi ke tahfiz Al-Qur'an minggu ini? Lalu mereka jawab "Sesungguhnya guru kami fulanah sedang haid, dan pada setiap bulan ada seminggu cuti kerana berhaid".

    Kemudian kalian membuatkan guru wanita itu malu dan mendedahkan haidnya dalam setiap bulan pada semua orang, dan memaksanya untuk meninggalkan pengajaran tahfiz Al-Qur'an kepada anak-anak kalian, disebabkan pengumuman haid guru wanita itu dalam setiap bulan pada orang ramai, semoga Allah membinasakan kalian, bagaimana kalian sampai dapat dipalingkan.
    !



    وإنما رفعت عنها الصلاةُ، ولم تجعلها الدورة الشهرية امرأةً نجسة الروح حتى تُمنع من دخول المسجد لكوني لا أجد أن يُمنع إلا المشركين أصحاب النجاسة الروحيّة بسبب شركهم بالله جهرةً شاهدين على أنفسهم بالكفر، وأولئك يمنعون من الدخول إلى بيوت الله. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا ۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ إِن شَاءَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (28)} صدق الله العظيم [التوبة]. كونهم أنجاس بالشرك بالله شاهدون على أنفسهم بالكفر، وأما الحائض فليست نجاسةً شركيّة حتى تمنع نفسها من الدخول إلى المساجد بسبب فتوى الذين يقولون على الله ما لا يعلمون.


    Sesungguhnya hanya kewajiban bersholat yang telah diangkat dari mereka (wanita berhaid), dan tiadalah datang bulan seseorang wanita itu menjadikan dirinya kotor secara rohani hinggakan dia dilarang untuk masuk masjid.

    Kerana aku tidak temukan larangan untuk masuk masjid kecuali orang-orang musyrik yang kotor dan najis secara rohani, disebabkan mereka syirik terhadap Allah secara terang-terangan, mereka mengakui terhadap diri mereka sendiri akan kekafiran mereka
    , mereka itulah orang-orang yang dilarang untuk masuk ke rumah-rumah Allah.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (28)
    Maha Benar Allah
    [At-Taubah]..

    Ini kerana orang-orang musyrik itu tidak suci, najis dengan kotoran syirik kepada Allah, sedang mereka itu mengakui kekafiran mereka, adapun wanita yang berhaid, maka ianya bukan najis syirik hinggakan dirinya dilarang untuk masuk ke masjid-masjid, disebabkan fatwa dari orang-orang yang mengatakan terhadap Allah pada perkara yang tidak mereka ketahui.



    وخلاصة بياني هذا أقول: اللهم إنّي أُشهدك أنّي الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أُفتي بالحقّ أنّه يحقّ لمُدَرِّسَةِ تحفيظ القرآن العظيم أن تدخل إلى المسجد لتدريس الطلاب وهي حائضٌ، فلا حرج عليها عند الله وخلقه، وليس من المنطق أن يتعطّل الطلاب في كل شهرٍ أسبوعاً بسبب الدورة الشهرية لدى مدرسة التحفيظ، أفلا تعقلون؟!.
    وكذلك يجوز للطالبة الحائض الحضور في المسجد لتلقي دروس تحفيظ القرآن العظيم وهي حائضٌ، وإنّما لا تصلّي وهي حائضٌ ولا تصوم، فاتّقوا الله وأطيعوني لعلكم تُرحمون.

    Kesimpulan dari keteranganku ini aku katakan:

    Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksikan-Mu bahawa aku adalah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, aku fatwakan dengan kebenaran bahawa guru tahfiz Al-Qur'an wanita berhak masuk ke masjid untuk mengajar murid-murid sedang dia berhaid, tidak mengapa baginya di sisi Allah dan ciptaan-Nya.

    Tidaklah logik dan masuk akal sekiranya murid-murid bercuti seminggu pada setiap bulan disebabkan siklus haid bulanan guru tahfiz wanita, mengapakah kalian tidak memikirkan
    ?!

    Demikian juga diperbolehkan bagi pelajar wanita yang berhaid, untuk menghadiri masjid buat bertalaqqi menerima pelajaran-pelajaran tahfiz Al-Qur'an ketika dia sedang haid, hanya sahaja dia tidak bersholat dan berpuasa ketika haid, maka bertakwalah kalian kepada Allah serta taatlah kepadaku, mudah-mudahan kalian dirahmati Allah.


    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوكم؛ الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara kalian; Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ______________


المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 23-06-2020, 02:12 PM
  2. مشاركات: 7
    آخر مشاركة: 31-12-2016, 07:01 AM
  3. Apakah waktu-waktu sholat dari Al-Qur'an yang mulia? Apa itu Sholat Wustho?
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 02-05-2015, 01:10 AM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 04-04-2014, 07:24 AM
  5. Fatwa Yang Benar Bagi Orang Yang Terlepas Sholat Subuh Kerana Uzur
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 16-02-2014, 07:01 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •