(الفرقة النّاجية هم الذين كانوا عليه ما كان عليه محمد رسول الله والذين معه قلباً وقالباً..)
الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
06- 10 - 1429 هـ
07- 10 - 2008 مـ
12:38 صباحاً
ـــــــــــــــــــــــــ
الفرقة النّاجية هم الذين كانوا عليه ما كان عليه محمد رسول الله والذين معه قلباً وقالباً..
Golongan Yang Selamat Adalah Mereka Yang Berpegang Dan Berjuang Dengan Pegangan Dan Perjuangan Muhammad Rasulullah SAW Beserta Para Sahabat Nabi Dengan Sepenuh Hati Dan Jiwa..
بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين, والحمد لله ربّ العالمين
,وبعد..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Salam sejahtera ke atas para Rasul, dan segala puji-pujian
hanya bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Waba'd
أخي الكريم عليك أن تعلم بأن الفرقة النّاجية هم الذين كانوا على ما كان عليه محمد رسول الله والذين معه قلباً وقالباً يعبدون الله لا يشركون به شيئاً.تصديقاً لقول الله تعالى:
{يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ يَوْمَ لا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوامَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كلّ شَيْءٍ قَدِيرٌ}
صدق الله العظيم
[التحريم:8]
Saudaraku yang mulia, ketahuilah bahawa golongan yang selamat adalah mereka-mereka yang berpegang dan berjuang dengan pegangan dan perjuangan Muhammad Rasulullah beserta para sahabat yang menyertai baginda dengan sepenuh hati dan jiwa mereka.
Mereka adalah orang-orang yang beribadat hanya kepada Allah SWT, tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.
Benarlah firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kalian akan menghapus kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang beriman yang bersamanya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".(8)
Maha Benar Allah SWT
(At-Tahrim)
وتصديقاً لقول الله تعالى:
{يوم تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ}
صدق الله العظيم [الحديد:12]
dan pembenaran terhadap firman-Nya:
[yaitu] pada hari ketika engkau melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, [dikatakan kepada mereka]: "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, [yaitu] surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak. (12)
Maha Benar Allah
(Al-Hadid)
ولكن عليك أن تعلم إنما النور ينبعث من القلب السليم فيكون ظاهرياً يوم القيامة يوم تُبلى السرائر لكشف حقائق الناس,وأما الذين يشركون بالله ترى وجوهم مُسوَّدة كأنما أغشيت وجوههم قطع من الليل مُظلماً.
Namun, ketahuilah olehmu bahawa CAHAYA itu hanyalah muncul dan terbit dari hati yang suci, yang menjadi bersih pada hari kiamat kelak, yaitu pada hari diperlihatkan segala rahasia untuk menyingkap kebenaran-kebenaran manusia.
Adapun orang-orang yang menyekutukan Allah, maka engkau akan lihat wajah mereka kehitaman, seakan-akan ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap) dari malam yang gelap-gelita.
إذاً الطائفة النّاجية هم الذين يأتون يوم القيامة لا يشركون بالله شيئاً يوم لا ينفع مال ولا بنون إلا من أتى الله بقلب سليم من الشرك لأن الشرك ظلم عظيم، وكذلك يأتون تائبون لله متاباً وهؤلاء يوجدون في جميع الفرق الإسلامية,وأصحاب النار كذلك يوجدون في جميع الفرق, ولا يقصد أنه مذهب كما يزعمون وأن أصحابه هم النّاجون وباقي المسلمون في النار! كلا كلا بل الطائفة النّاجية توجد في جميع المذاهب الإسلامية، وهم الذين جاءوا إلى ربّهم بقلوبٍ سليمةٍ تائبةٍ منيبةٍ لا يشركون بالله شيئاً بغض النظر عن الأخطاء المذهبيّة فذلك شيء يحاسب الله به العلماء حصرياً من دون التابعين الذين لم ينفروا لطلب العلم وليسوا بعلماءٍ، وإذا سألوا علماءهم عن مسألةٍ فإنهم لا يطلبون منهم البرهان على الفتوى بل يطلبها طلبة العلم, وأما السائل من الناس العامة فإنما يسأل وبعد الفتوى يذهب ومن حمّلها عالماً خرج منبلاها سالماً، فإن كانت فتوى وزرٍ تَحَمَّلَ الوزرَ من أفتى وله وزرها ووزر من عمل بها، ومن قال لا أعلم فقد أفتى وأعطاه الله أجر مُفْتٍ وكأنه أفتى.
Jika demikian, golongan yang selamat itu adalah orang-orang yang datang kelak pada hari kiamat tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, pada hari dimana harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang yang menghadap Allah SWT dengan hati yang suci bersih dari syirik, kerana sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang besar.
Demikian juga golongan yang selamat adalah orang-orang yang datang dalam keadaan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya taubat. Orang-orang seperti mereka ada dalam semua golongan dan kelompok Islam, begitu juga dengan penghuni-penghuni neraka, mereka ada dalam semua golongan.
Jadi, yang dimaksudkan Golongan Yang Selamat itu, bukanlah sebuah mazhab seperti sangkaan mereka, dimana pengikut-pengikut mazhab itu menjadi orang-orang yang selamat, dan orang-orang Islam selainnya berada di neraka
!
Tidak demikian, tidak sama sekali seperti itu, bahkan golongan yang selamat itu ada terdapat dalam seluruh mazhab Islam.
Mereka adalah orang-orang yang datang menghadap Tuhan mereka dengan hati yang suci bersih, hati yang bertaubat dan kembali kepada Allah, tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, tanpa menghiraukan kesalahan-kesalahan ajaran yang ada dalam mazhab-mazhab, kerana yang demikian ini adalah sesuatu yang hanya akan diperhitungkan oleh Allah SWT khusus terhadap para alim-ulama mereka, tanpa menyertakan pengikut-pengikut mereka.
Yaitu orang-orang yang tidak pergi menuntut ilmu sedang mereka bukan kalangan alim-ulama, yang mana apabila mereka menanyakan sesuatu masalah pada alim-ulama mereka, mereka tidak meminta bukti terhadap fatwa yang mereka dapatkan.
Namun bagi para penuntut ilmu mereka tentunya akan meminta bukti terhadap fatwa yang mereka terima. Adapun kebiasaan manusia kalangan awam, maka mereka ini pada kebiasaannya hanya datang bertanya kemudian setelah mendapatkan fatwa, mereka langsung beredar.
Sesiapa yang mengemban sesuatu fatwa sedang dia mengetahui dalil-dalilnya, maka dia terbebas dari keburukannya dengan selamat. Namun sekiranya fatwa tersebut mengandungi dosa (bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an), maka dosa itu dipikul oleh si pemberi fatwa (mufti) dan baginya dosa berfatwa itu dan dosa orang-orang yang mengamalkannya.
Manakala sesiapa yang mengatakan aku tidak tahu, maka sesungguhnya dia telah berfatwa, dan baginya pahala orang yang berfatwa, seakan-akan dia telah berfatwa.
فكيف تظنون الطائفة النّاجية أنها جماعةُ مذهبٍ ما من بين الطوائف الإسلاميّة؟ وإنكم لخاطئون؛ بل هم الذين لا يشركون بالله شيئاً ويوجدون في كلّ المذاهب الإسلاميّة, وكذلك أصحاب النار يوجدون في جميع الفرق الإسلاميّة إضافة إلى الكافرين. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ}
صدق الله العظيم
[يوسف:106]
Bagaimana kalian ini menyangka bahawa golongan yang selamat itu adalah kelompok mazhab tertentu di antara kelompok-kelompok yang banyak dalam Islam? Kalian keliru; bahkan GOLONGAN YANG SELAMAT itu adalah orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
Mereka ADA DALAM SEMUA MAZHAB di dalam Islam. Demikian juga penghuni-penghuni neraka, mereka ada dalam setiap kelompok Islam, bersama-sama orang kafir.
Benarlah firman Allah SWT:
Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah [dengan sembahan-sembahan lain].(106)
Maha Benar Allah
(Yusuf)
إذاً النّاجون هم الذين لا يشركون بالله شيئاً ويوجدون في جميع الطوائف, وأما غير النّاجين من عذاب الله هم الذين يشركون بالله ولم يأتوا ربّهم بقلوب سليمة. تصديقاً لقول الله تعالى:
{إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا}صدق الله العظيم [النساء:48]
Oleh itu golongan yang selamat adalah mereka yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apapun, dan mereka ini ada dalam semua golongan.
Adapun yang tidak termasuk kelompok yang selamat dari azab Allah ini, mereka adalah orang-orang yang menyekutukan Allah SWT dan tidak menghadap Allah SWT dengan hati yang suci bersih.
Benarlah firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari [syirik] itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (48)
MahaBenar Allah SWT
(An-Nisa)
وتصديقاً لقول الله تعالى:
{يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ}صدق الله العظيم [الشعراء:89]
Benarlah firman Allah SWT:
[yaitu]di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, (88)
kecualiorang-orang yang menghadap Allah
dengan hati yang bersih (89)
Maha Benar Allah SWT
(Asy-Syu'araa)
إذاً النّاجون هم الذين لا يشركون بالله شيئاً وهم له عابدون, وأما المعذبون فهم الذين أشركوا بربّهم فحبط عملهم وهم في الآخرة لمن الخاسرين، وقضي الأمر الذي فيه تستفتي. وسلامٌ على المرسلين, والحمدُ لله ربّ العالمين..
Dengan demikian, maka GOLONGAN YANG SELAMAT itu adalah mereka yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apapun, hanya kepada Allah mereka beribadat.
Adapun orang-orang yang diazab, maka mereka adalah orang-orang yang menyekutukan Tuhan mereka, menyebabkan amal mereka lenyap, sedang mereka di akhirat kelak termasuk orang-orang yang merugi, maka selesai sudah perkara yang engkau tanyakan.
Salam sejahtera buat para utusan dan segala puji bagi Allah Tuhan SemestaAlam.
وأما الصور والتماثيل فلا حرام فيها إلا ماكان فيها فجوراً وفتنة كمثل الصور ذات العورة, وكان نبي الله سليمان يستخدم التماثيل من ضمن الزينة، وإنما تم تحطيمها في بداية الدعوة الإسلاميّة لأنها كانت تُعبد من دون الله، وأما صناعتها لمجرد الزينة فلا حرج في ذلك.
Adapun mengenai gambar dan patung, maka tidak ada keharaman padanya, kecuali yang padanya terdapat kefasikan dan fitnah, contohnya seperti gambar yang menunjukkan aurat.
Nabi Sulaiman AS telah menggunakan patung sebagai perhiasan, dan telah sempurna penghancuran terhadap patung itu pada permulaan dakwah Islam kerana patung itu telah dijadikan sesembahan selain Allah.
Adapun membuatnya semata-mata sebagai perhiasan, maka yang demikian tidak mengapa.
وأما السجائر المؤذية لصاحبها وللركاب في السيارات فإنها سُمٌ, فهل يحب أحدكم أن يتجرع السم؟
ما أحل الله لكم أن تؤذوا من يسافر معكم أويجلس بجواركم فلا يقوم إلا وهو يتألم من الصداع من رأسه من جَرّاء المُدخنين. وهذه فتوانا لأصحاب السجاير, فإنه سُم يتجرعه المُدخنين ومؤذٍ للآخرين، مكروهٌ مكروهٌ مكروه.
Adapun mengenai rokok yang membahayakan penghisapnya, dan membahayakan para penumpang di dalam kenderaan-kenderaan, maka sesungguhnya ia bertoksin -mengandungi racun-.
Adakah ada salah seorang dari kalian yang suka menyedut racun
?
Allah SWT tidak menghalalkan bagi kalian membahayakan orang yang berpergian bersama kalian, atau orang yang duduk dekat kalian, sedang dia tersiksa tidak tahan pening sakit kepala disebabkan asap para perokok.
Inilah fatwa kami bagi para perokok bahawa ia mengandungi toksin yang disedut para perokok lagi membahayakan orang lain.
Makruh, Makruh, Makruh.
وسلامٌ على المُرسلين, والحمد لله ربّ العالمين..
الامام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam sejahtera ke atas para utusan Allah, dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
___________________
sumber
https://nasser-alyamani.org./showthread.php?p=5023
المصدر
- 1 -
الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Naser Mohammed Al-Yamani
16 - 01 - 1431 هـ
02 - 01 - 2010 مـ
11:30 مســـاءً
ـــــــــــــــــــــ
عن الطائفة الناجيـــــّـــة..
Mengenai Golongan Yang Selamat..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمُرسلين وآله الطيبين والتابعين للحقِّ إلى يوم الدين والحمدُ لله رَبّ العالمين..
{قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ} صدق الله العظيم [يوسف:108].
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Penutup Para Nabi dan Rasul beserta keluarganya yang baik, juga para pengikut kebenaran hingga Hari Pembalasan, dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..
Katakanlah: "Inilah jalan [agama]ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak [kamu] kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik (108)
Maha Benar Allah
[Yusuf]
وإليكم حُكم الله الحقّ نستنبطهُ لكم من مُحكم كتاب الله عن الطائفة النّاجيّة الذين لهم الأمن من النار، وحكم الله إليكم بالحقّ أنهم:{الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ} صدق الله العظيم [الأنعام:82].
Untuk kalian hukum keputusan Allah yang hak, yang kami keluarkan hukum keputusanNya untuk kalian dari muhkam Kitabullah, mengenai kelompok atau golongan yang selamat, yakni orang-orang yang mendapat keamanan dan selamat dari api Neraka.
Hukum keputusan Allah untuk kalian dengan kebenaran bahawasanya mereka itu adalah:
orang-orang beriman dan tidak mencampurkan-adukkan keimanan mereka dengan kezaliman [syirik], mereka itulah orang-orang yang mendapatkan keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk (82)
Maha Benar Allah
[Al-An'am]
{يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩﴾} صدق الله العظيم [الشعراء].
{وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ} صدق الله العظيم [الزمر:65].
(yaitu) di hari harta dan anak-anak tidak berguna (88) kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (89)
Maha Benar Allah
[Asy-Syu'ara]
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu [Nabi Muhammad] dan kepada [nabi-nabi] yang sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan [Tuhan], niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi (65)
Maha Benar Allah
[Az-Zumar]
{قُلْ إِنَّما أنا بَشَرٌ مِثلُكُمْ يُوحَى إلَيَّ أنَّما إلَـهُكُمْ إلَـهٌ واحِدٌ فَمَن كانَ يَرْجُوا لِقاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صالِحًا ولا يُشْرِكْ بِعِبادَةِ رَبِّهِ أحَدًا} صدق الله العظيم [الكهف:110].
{إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (48)} صدق الله العظيم [النساء:48].
Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang sholeh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (110)
Maha Benar Allah
[Al-Kahfi]
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (48)
Maha Benar Allah
[An-Nisa]
{وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ} صدق الله العظيم [يوسف:106].
Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah [dengan sembahan-sembahan lain] (106)
Maha Benar Allah
[Yusuf]
وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رَبّ العالمين..
أخو الذين لا يشركون بالله شيئاً من كافة المُسلمين؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya
bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Saudara orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, dari kalangan seluruh kaum Muslimin; Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani
ـــــــــــــــــــــ
sumber:
https://nasser-alyamani.org./showthread.php?t=1985