أحسن القصص..

Sebaik-baik kisah..
(Nabi Musa AS dan Hamba Allah Yang Sholeh)

-المصدر-


قال الله تعالى فى محكم الكتاب:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
{الر‌ ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿١﴾ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْ‌آنًا عَرَ‌بِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿٢﴾ نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴿٣﴾}
صدق الله العظيم [يوسف]

Firman Allah SWT dalam muhkam kitab-Nya:

بسم الله الرحمن الرحيم
{الر‌ ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿١﴾ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْ‌آنًا عَرَ‌بِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿٢﴾ نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴿٣﴾}

Alif Laam, Raa. Ini adalah ayat-ayat kitab [Al Qur’an] yang nyata [dari Allah]. (1)Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa bacaan berbahasa Arab, agar kalian memahaminya. (2) Kami menceritakan kepada kalian kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Qur’an ini kepada kalian, dan sesungguhnya kalian sebelum [Kami mewahyukan] ini, adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui. (3)
Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya

أتشرف بأن أضع أمام أعينكم ماخطه الإمام ناصر محمد اليماني بعلم القلم الصامت.

Dengan segala hormatnya aku persembahkan kepada kalian, apa yang ditulis oleh Imam Nasser Mohammed Al-Yamani dengan qalam, pena yang tenang.

.................................


يا أيّها المهديّ المنتظَر، أنِرْ عقولنا بالبيان الحقّ في قصة العبد الصالح مع نبيّ الله موسى..

Wahai Al-Mahdi Yang Dinanti, Terangi Akal Fikiran Kami Dengan Bayan Yang Haq, Mengenai Kisah Hamba Allah Yang Sholeh Bersama Nabi Allah Musa AS..


لماذا قال الله لكم {فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا} [الكهف:65] ولم يقل فوجدا عبداً من أنبياء الله؛ بل عبدٌ من عباد الله الصالحين وليس بمشهورٍ؟ ولم يسأله نبيّ الله موسى عن اسمه تنفيذاً لأمر الله، لأن العبد لا يريد أن يعلم به النّاس فيدعونه من دون الله فطلب من ربّه أن لا يشهره لأنهم حين يعلمون أنه أعلم من كليم الله موسى عليه الصلاة والسلام فحتماً سوف يُعظِّمونه فيدعونه من دون الله فيتوسلون به إلى الله، ولكن الرجل الصالح طلب من ربّه أن لا يُشهره لعباده حتى لا يكون سببَ فتنةٍ للقوم الظالمين الذين يُعظِّمون عباد الله المكرمين.


Mengapa Allah SWT berfirman:

"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami,"
(Al-Kahfi-65)
dan Allah SWT tidak berfirman "lalu mereka berdua bertemu dengan seorang hamba di antara para Nabi"; namun berfirman seorang hamba di antara hamba-hamba Allah yang sholeh yang tidak terkenal?.

Nabi Allah Musa juga tidak menanyakan tentang nama orang itu demi melaksanakan perintah Allah, kerana hamba Allah yang sholeh itu tidak ingin dirinya diketahui manusia, kerana kelak mereka akan memohon kepadanya selain dari Allah.

Maka dia memohon kepada Tuhannya agar tidak membuatkan dirinya terkenal, kerana mereka itu ketika mengetahui bahawa dia lebih tahu dari Kalimullah Musa AS, tentulah mereka kelak akan mengagungkan dirinya lalu memohon padanya selain memohon kepada Allah, lalu menjadikannya perantara bertawassul dengannya memohon kepada Allah.

Namun hamba Allah yang sholeh ini telah meminta kepada Tuhannya agar tidak membuatnya terkenal di kalangan hamba-hambaNya, supaya demikian ini tidak menjadi penyebab fitnah bagi kaum yang zalim, iaitu orang-orang yang membesar-besarkan dan mengagung-agungkan hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya.



ولذلك نهى الله نبيه موسى أن يسأله عن اسمه ولا عن قريته ولا من أي البلاد. وقال فكيف أجده ربّي إذا؟ فقال الله له أن يأخذ معه حوت وهو السمك لأن السمك شيء معروف إذا أخرجته من الماء يموت بعد زمن قصيرٍ؛ دقائق معدودة.
وعلّمه الله أن المكان الذي سوف يبعث فيه الحوت، ففي ذلك المكان نفسه ينتظر الرجل الصالح بقدرٍ مقدورٍ من الله.

Sebab itu Allah SWT melarang Nabi-Nya Musa AS dari menanyakan nama orang itu, dan tidak pula menanyakan desa tempat tinggalnya, dan tidak pula menanyakan dari negeri mana dia berasal.

Musa AS bertanya "Jika demikian bagaimanakah caranya aku dapat menemukannya?" Maka Allah SWT memberitahukan kepadanya agar dia membawa bersamanya Hut, yaitu seekor ikan kerana ia adalah haiwan yang diketahui jika engkau mengeluarkannya dari air, maka ia akan mati dalam waktu yang tidak lama, dalam hitungan minit.

Lalu Allah SWT memberitahukan padanya bahawa tempat dimana kelak Allah akan menghidupkan ikan itu, maka di situlah Musa perlu menunggu lelaki yang sholeh, dalam sebuah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.



ولذلك تجدون موسى لم ينادي الرجل باسمه لأنه لا يعلم من هو ولا ما اسمه بل علم أنه هو، وذلك لأنه وجده في المكان الذي بعث الله فيه الحوت، وعلم أنه هو.
وقال له نبيّ الله موسى: السلام عليكم، فرد الرجل عليه السلام ولم يقل وعليكم سلام الله يا موسى بن عمران كما يقولون على الله الذين لا يعلمون، فأين موسى من عمران وبين موسى وآل عمران مئات السنين، وموسى من ذريَّة نبيّ الله يوسف؟
ولكن ظنهم حين يوجد في الكتاب هارون بن عمران أخو مريم ولذلك قالوا فبما أن هارون هو أخو موسى فكذلك موسى هو ابن عمران! لا قوة إلا بالله العلي العظيم من المفترين على ربّ العالمين أنه:
قال الرجل الصالح وعليكم سلام الله يا موسى بن عمران قال موسى: ومن علمك باسمي؟ قال: الذي دلك على مكاني.

Kerana itu kalian mendapati Musa AS tidak memanggil lelaki itu dengan namanya, kerana Musa AS tidak mengetahui siapa dia dan tidak tahu apa namanya, namun Musa tahu bahawa itulah orangnya, sebab dia telah menemukannya di tempat yang mana di situ Allah telah menghidupkan ikan itu, maka menjadi tahulah Musa bahawa dialah orangnya.

Nabi Musa AS berkata kepadanya: "Assalaamu'alaikum", maka lelaki itu menjawab salam Nabi Allah Musa AS, dan dia tidak mengatakan "Wa'alaikum salaamullaahi wahai Musa bin 'Imran" sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang mengatakan terhadap Allah dengan sesuatu yang tidak mereka ketahui, kerana di manakah Musa dari 'Imran sedangkan jarak di antara Musa dan keluarga 'Imran beratus-ratus tahun, padahal Musa dari keturunan Nabi Allah Yusuf?

Akan tetapi sangkaan mereka ketika mereka menemukan dalam Al-Qur'an bahawa Harun bin 'Imran adalah saudara Maryam, kerana itu mereka mengatakan; "Oleh kerana Harun adalah saudara Musa, maka dengan ini Musa adalah anak 'Imran"!
Laa Quw_wata il_laa bil_laahil 'aliy_yil 'adziim

Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur lagi Maha Agung terhadap orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Tuhan Semesta Alam.
Mereka mengatakan:

"Lelaki sholeh itu berkata wa'alaikum salaamul-Laahi wahai Musa bin 'Imran, lalu Musa bertanya: Siapa yang memberitahumu namaku? Lelaki itu jawab: (yang memberitahuku) adalah Yang telah menunjukkanmu tempatku."


والسؤال الذي يطرح نفسه فهل دلّ الله موسى على مكان الرجل؟ بل علّم الله موسى أن يأخذ معه حوتاً وحيث يبعثه الله يجد، فعليه أن ينتظر الرجل في ذلك المكان، وبما أن الله بعث الحوت وهم نائمون فلم يعلم نبيّ الله موسى عليه الصلاة والسلام أن الله بعث الحوت ولذلك لم ينتظر في المكان؛ بل سافروا سفراً بعيداً إلى الظهر، ولذلك:
{قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا}
[الكهف:62]

Pertanyaan yang muncul, adakah Allah menunjukkan Musa tempat lelaki itu? Padahal Allah mengajarkan kepada Musa agar dia membawa bersamanya ikan Hut, dan ketika Allah menghidupkan ikan itu di suatu tempat kelak, maka Musa akan menemukannya dan Musa perlu menunggu lelaki itu di situ.

Oleh kerana Allah SWT menghidupkan ikan itu sedang mereka terlelap, maka Musa AS tidak mengetahui bahawa Allah telah menghidupkan ikan Hut, sebab itu Musa AS tidak menunggu di tempat itu, bahkan mereka berjalan jauh meninggalkan tempat itu sampai waktu Dzuhur, maka dari itu:

Musa kepada muridnya: "Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini".
(Al-Kahfi-62)


إذاً الله لم يدل نبيّ الله موسى على مكان الرجل الصالح، إذاً لوجدوه حين جاؤوا إلى الصخرة المرّة الأولى؛ بل ناموا عند الصخرة ولم يكن موجوداً وإنما سوف يأتي الرجل بقدر من الله.

Jika demikian, maka Allah SWT tidak menunjukkan Nabi Allah Musa AS tempat lelaki yang sholeh itu, kerana jika sebaliknya, tentulah mereka akan menemukannya ketika mereka sampai di batu itu pada kali pertama lagi; bahkan mereka tertidur di dekat batu itu dan si lelaki sholeh itu juga tidak ada, kerana kelak lelaki itu akan datang dalam ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT.


المهم أن موسى لا يعلم من ذلك الرجل حتى مات نبيّ الله موسى عليه الصلاة والسلام وهو لا يعلم من ذلك الرجل، وذلك تلبية من ربّ العالمين لذلك الرجل الصالح الذي لا يريد من ربّه أن يشهره للناس ابداً حتى يلقاه لأنه يخشى أن يكون فتنةً للقوم الظالمين الذين بمجرد ما يعلمون بعبدٍ قد جعله الله من المُكرمين إلا وأشركوا به وبالغوا فيه بغير الحقّ وعبدوه زلفةً إلى الله، ولذلك الله لم يشهره بناء على طلب عبده، ولذلك قال:
{فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا}
صدق الله العظيم
[الكهف:65
]

Apa yang penting, Nabi Allah Musa AS tidak tahu siapa lelaki itu sehinggalah akhir hayatnya, Musa AS tidak mengetahui siapa orangnya kerana yang demikian adalah sebuah pemenuhan dan penerimaan dari Tuhan Semesta Alam untuk lelaki yang sholeh itu, yang tidak ingin Allah membuatnya terkenal di kalangan manusia selama-lamanya sehinggalah dia menemui Allah.

Ini kerana, dia khuatir akan terjadi fitnah menimpa kaum yang zalim, yaitu orang-orang yang sama sekali tidak mengetahui ada hamba yang telah Allah jadikan di kalangan orang-orang mulia melainkan mereka akan menyekutukan Allah dengan orang itu, dan berlebih-lebihan terhadapnya tanpa alasan yang benar lalu memohon dan berdoa kepadanya untuk mencari kedekatan dengan Allah.

Oleh kerana itu Allah SWT tidak membuatnya masyhur, berdasarkan atas permohonan hambaNya itu. Sebab itu Allah SWT berfirman:

"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."
(Al-Kahfi-65)


ولكنكم جعلتم اسمه الخضر وجعلتموه نبيّاً من أنبياء الله ونسيتم قول الله تعالى:

{إِنْ عِندَكُم مِّن سلطان بِهَـٰذَا أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّـهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٦٨﴾ قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُ‌ونَ عَلَى اللَّـهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ ﴿٦٩﴾}
صدق الله العظيم [يونس]

Akan tetapi kalian telah menjadikan namanya Khidlir, dan kalian juga menjadikannya sebagai seorang Nabi di antara para Nabi Allah, lalu melupakan firman Allah SWT:

"tidak ada sebarang keterangan di sisi kalian yang membuktikan apa yang kalian dakwakan itu. Mengapa kalian berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kalian tidak mengetahuinya? (68) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya. (69)
Maha Benar Allah
(Yunus)


ولكني أشهد لله شهادة الحقّ اليقين أنه كما قال ربّي ليس من عباد الله المرسلين بل عبدٌ من عباد الله الصالحين. والحكمة من ذلك علَّ النّاس يخرجون من دائرة الإشراك بالله من تعظيم الأنبياء وحصر العلم عليهم من دون الصالحين.
ويريد الله أن يحطم هذه العقيدة الباطلة، فابتعث كليم الله موسى عليه الصلاة والسلام ليتعلم العلم من عبدٍ من عباد الله الصالحين أعلمَ من كليم الله موسى عليه الصلاة والسلام، ولكن أكثر المؤمنين يأبَون إلا أن يكونوا مشركين!

Akan tetapi aku bersaksi kepada Allah dengan kesaksian kebenaran yang sebenar-benarnya patut diyakini, sebagaimana yang difirmankan oleh Tuhanku bahawa lelaki sholeh itu bukan dari kalangan para utusan, namun dia hanyalah seorang hamba di antara hamba-hamba Allah yang sholeh.

Hikmah dari yang demikian agar manusia keluar dan terbebas dari lingkaran syirik terhadap Allah, dengan pengagungan terhadap para Nabi, lalu membatasi ilmu hanya di sisi mereka dengan mengecualikan hamba-hamba Allah yang sholeh.

Allah berkehendak untuk menghancurkan akidah batil ini, maka dia mengutus Kalimullah Musa AS untuk mempelajari ilmu dari seorang hamba di antara hamba-hamba Allah yang sholeh, yang lebih mengetahui dari Kalimullah Musa AS. Namun demikian kebanyakan kaum mukminin itu langsung menolak, kerana itu mereka menjadi orang-orang yang menyekutukan Allah.



ويا معشر المسلمين، ما خطبكم لا تفقهون دعوة الأنبياء والمرسلين فتعظمونهم بغير الحق؟ فوالله الذي لا أعبدُ سواه ولا إله غيره إنكم لن تستطيعوا أن تخرجوا من دائرة الشرك حتى تعتقدوا بالحقّ أن لكم الحقّ في الله ما لأنبيائه ورسله وأنهم ليسوا إلا عبيد لله أمثالكم، فلا فرق بينكم وبينهم إلى الله شيئاً، فهم عبيدٌ لله كما أنتم عبيدٌ لله.

Wahai sekalian kaum muslimin, apakah urusan kalian hinggakan kalian tidak memahami seruan dakwah para Nabi dan Rasul menyebabkan kalian membesar-besarkan dan mengagungkan mereka tanpa alasan yang benar?

Maka demi Allah, Dzat yang tidak aku sembah selain-Nya, dan tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain-Nya, sesungguhnya kalian tidak akan mampu untuk melepaskan diri kalian dari lingkaran kemusyrikan, melainkan jika kalian menyakini dengan benar, bahawa kalian juga memiliki hak yang sama di sisi Allah, sama seperti hak yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul-Nya, kerana tiadalah mereka semua itu, melainkan sama sebagai hamba Allah seperti kalian.

Tiadalah perbezaan antara kalian dan mereka dalam menuju Allah sedikitpun, kerana mereka juga merupakan hamba Allah, sama seperti kalian juga sebagai hamba Allah.



ألا والله الذي لا إله غيره ما جعل الله صاحب الدرجة عبداً مجهولاً إلا لكي يتمّ التنافس من كافة عبيد الله إلى الربّ المعبود أيهم أقرب. فلمَ تحصرون التنافس على الربّ حصرياً للأنبياء والمرسلين من دون الصالحين أفلا تتقون؟

Ketahuilah demi Allah, tidak ada tuhan lain yang berhak disembah selain-Nya, tidaklah Allah SWT menjadikan pemilik derajat kedudukan itu sebagai seorang hamba yang majhul (tidak diketahui), melainkan agar sempurnanya persaingan dan saling berlomba-lomba dari kalangan hamba-hamba Allah untuk menuju Tuhan yang disembah, siapa di antara mereka yang lebih dekat kedekatannya dengan Allah.

Lalu mengapa kalian membatasi persaingan dan saling berlomba-lomba itu terhadap Tuhan, dengan membatasinya hanya untuk para Nabi dan Rasul dengan mengecualikan hamba-hamba Allah yang sholeh, mengapakan kalian tidak takut kepada Allah?



الإمام ناصر محمد اليماني..

Imam Nasser Mohammed Al-Yamani..

_______________

sumber:

https://nasser-alyamani.org./showthread.php?p=4529